Kim Pan-gon berkeras enggan tinggalkan Ulsan HD walaupun bekas jurulatih Indonesia sedia jadi pengganti


  • Podium
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Kim Pan-gon kini didesak keluar dari Ulsan HD oleh para penyokong.

PENGENDALI Ulsan HD, Kim Pan-gon berkeras untuk tidak meninggalkan jawatan tersebut walaupun sudah terdapat laporan mengatakan kelab Korea Selatan itu sudah melepaskannya.

Memetik laporan di Korea Selatan, Kim berpendapat tiada sebarang keperluan untuknya meninggalkan kelab itu walaupun prestasi sedang merudum tanpa kemenangan dalam 10 perlawanan.

Ulsan bagaimana pun sudah bersedia menggantikan Kim dengan bekas pengendali Indonesia, Shin Tae-yong bagi menyelamatkan prestasi kelab itu.

BACA LAGI: Aura Liga Super bantu naikkan saham bintang baharu Selangor-Sabah-TRW

BACA LAGI: 'Jangan bodohkan penyokong sendiri', TMJ persoal kenyataan jurang JDT-Selangor makin kecil

Ulsan kini sudah 10 perlawanan tanpa menang.

Laporan mengatakan yang Ulsan sudah pun menghubungi Shin bagi menggantikan Kim dengan perbincangan berkenaan kontrak telah dilakukan.

Namun begitu, Kim dan Ulsan berada di fasa tidak berhubung, disebabkan itu saat kelab mahu melepaskannya, dia memilih untuk kekal.

Berkemungkinan juga, Kim sedang menuntut janji oleh Pengurus Besar Ulsan, Kim Kwang-guk yang dia akan teguh pertahankan kepimpinannya bekas pengendali Harimau Malaya itu selepas kelab mengadakan pertemuan penyokong pada 17 Julai.

Dalam pertemuan itu, Kwang-guk berkata kepada penyokong yang kelab akan terus memberikan kepercayaan kepada Kim dan tidak mahu menggantikan pengurus pada pertengahan musim.

Akan tetapi, dengan Ulsan kini di kedudukan ketujuh liga serta tersingkir awal di Piala Dunia Kelab serta gagal mara sehingga separuh akhir Piala Korea Selatan, kemarahan penyokong tidak boleh dibendung lagi.

Para penyokong mula memboikot perlawanan, mengungkapkan kata-kata seperti, "singkir Kim Pan-gon" sebagai tanda tidak puas hati.

Hanya masa akan menentukan, adakah Kim akan akhirnya tinggalkan posisinya di Ulsan atau Shin, yang kini menjadi pegawai bukan eksekutif bersama Persatuan Bola Sepak Korea Selatan terus kekal dengan tugasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram