
DENGAN bermulanya satu lagi musim bagi saingan Liga Super, setiap kelab bertanding membawa masuk pemain-pemain bagi menguatkan skuad.
Tanpa disangka, kehadiran beberapa pemain baharu tersebut ke Liga Super secara tidak langsung sudah menaikkan nilai pasaran (market value) mereka.
Ini sekali gus memberikan gambaran yang Liga Super mempunyai aura tersendiri dalam meningkatkan pasaran pemain.
BACA LAGI: Kelab Pantai Timur masuk senarai pasukan Liga M guna GK import
BACA LAGI: Semifinalis Piala FA: Akmal Rizal tak rasa ada kejutan awal
Alexander Yeoule
Merupakan sebahagian daripada wajah baharu Kelantan The Real Warrior (TRW), Alexander Yeoule merupakan pertahanan tengah yang dibawa masuk oleh E. Elavarasan.
Berasal daripada Ivory Coast, Yeoule merupakan pemain berusia 29 tahun yang banyak menghabiskan kariernya bermain di Timur Tengah.
Yeoule (kanan) banyak menghabiskan kariernya di Timur Tengah.
TRW merupakan kelab pertamanya di Asia Tenggara dan dia mempunyai variasi apabila boleh dimainkan sebagai pertahanan tengah atau pemain tengah bertahan.
Ketibaannya di Pantai Timur menaikkan nilai pasarannya daripada €200,000 (RM977,000) kepada €225,000 (RM1.09 juta).
Willian Lira
Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC itu kembali semula ke Liga Super dengan menyertai Selangor FC sebagai antara muka baharu direkrut oleh Katsuhito Kinoshi.
Kehadiran Lira bagaimana pun dibebankan dengan keraguan oleh penyokong mengenai kualitinya seperti tidak menepati standard diperlukan buat Selangor mengharungi saingan domestik dan antarabangsa.
Lira (kanan) hadir ke Selangor dengan dipenuhi keraguan penyokong.
Akan tetapi, kehadiran Lira ke Selangor sebenarnya berjaya menaikkan nilai pasaran pemain tersebut yang berasal dari Brazil.
Lira kini dinilaikan pada paras €300,000 (RM1.4 juta) selepas dia disahkan sebagai pemain Selangor.
Ajdin Mujagic
Seorang lagi wajah baharu tiba di Liga Super dengan Ajdin Mujagic memilih untuk menjadi penyerang Sabah FC.
Berusia 27 tahun, Mujagic menghabiskan kariernya di Eropah sebelum ke Asia menyertai Sang Badak (harapnya tak tertukar dengan Sabah FK di Azerbaijan).
Ajdin Mujagic dianggap sebagai harapan baharu untuk serangan Sabah.
Mempunyai 113 gol sepanjang karier sambil menjadikan Mujagic mempunyai kualiti tersendiri dan boleh menjadi taruhan penting buat Sabah di bahagian serangan.
Selepas hadir ke Sabah, nilai pasarannya meningkat daripada €250,000 (RM1.2 juta) kepada €400,000 (RM1.9 juta). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram