'Saya tak rasa penalti itu akan masuk', ulasan arwah Fuad Rahim pasti dikenang seluruh peminat sukan


  • Podium
  • Rabu, 30 Jul 2025

Fuad meninggal dunia selepas ditidurkan akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair.

PENGULAS sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Fuad Rahim dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Berita itu disahkan oleh seorang lagi personaliti RTM, Zachki Ahmad Suri di media sosialnya mengatakan Fuad sudah tiada.

Fuad meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor selepas ditidurkan akibat mengalami masalah komplikasi jantung dan paru-paru berair.

BACA LAGI: 'Apa saja boleh berlaku', bintang muda Gergasi Merah mahu beri saingan terbaik lawan JDT

BACA LAGI: 'Ini untuk semua yang menyokong', Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri

"Dukacita dan sedih, sahabat kami di Sukan TV RTM, Fuad Rahim telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebentar tadi.

"Selamat tinggal sahabat," kata Zachki.

Fuad merupakan salah seorang daripada barisan pengulas sukan di RTM selain dengan nama-nama seperti Aizuddin Nizam Shah, Firdaus Musa dan Rasdi Jumaat.

Dia terkenal dengan ulasan "saya tak rasa penalti itu akan masuk" ketika separuh akhir Piala Asean 2018 antara Malaysia dengan Thailand.

Ketika itu, Thailand yang memperoleh sepakan penalti pada minit akhir gagal menjaringkannya selepas tendangan Adisak Kraisorn melambung tinggi.

Ia sekali gus memberikan kemenangan buat Malaysia dan berjaya ke perlawanan akhir kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram