
MUSIM ini, kelab Pantai Timur, The Real Warrior FC mendapatkan pemain import yang beraksi di posisi penjaga gol.
Pemain itu adalah Damyanov Damyan yang berasal dari Bulgaria dengan dia akan menjadi watak penting kelab Kelantan itu untuk mengharungi musim Liga Super.
Penggunaan penjaga gol import di Liga Super tidak berlaku dengan kerap namun bola sepak Malaysia pernah menyaksikan beberapa nama asing mengawal gawang kelab-kelab tempatan.
BACA LAGI: Isu identiti KRW-Kelantan: Tak salah bernostalgia cuma lebih elok bina legasi baharu
BACA LAGI: [VIDEO] Terus memukau bersama kelab baharu, bakat warisan Malaysia raih gelaran 'Chinaldo'
Mamadou Samassa
Nama penjaga gol dari Mali ini pernah mencuri tumpuan ramai satu masa dahulu sewaktu dia disambar oleh Sri Pahang FC.
Mamadou Samassa merupakan penjaga gol import untuk Tok Gajah pada musim 2022 dengan dia mempunyai reputasi pernah beraksi untuk skuad kebangsaan negara sebanyak 16 kali.
Samassa (depan) kini beraksi di saingan Ligue 2 Perancis.
Bukan itu saja, Samassa juga merupakan seorang penjaga gol tinggi lampai dengan dia mempunya ketinggian 1.98 meter.
Kini beraksi di Perancis, Samassa bermain untuk Stade Lavallois dalam aksi divisyen dua negara itu.
Julian Schwarzer
Satu lagi nama asing yang pernah mengawal pintu gol kelab tempatan adalah pemain berdarah campuran Australia-Filipina iaitu Julian Schwarzer.
Merupakan anak kepada legenda bola sepak Australia iaitu Mark Schwarzer, Julian dilahirkan di England beraksi untuk beberapa kelab seperti skuad remaja Fulham, Harlow dan Basingstoke.
Schwarzer kini tidak mempunyai kelab.
Pada 2023, Schwarzer hadir ke Malaysia untuk bersama-sama Kuching City FC dan bermain selama semusim sebelum berpindah ke Arema FC di Indonesia musim berikutnya.
Kini berusia 25 tahun, Julian masih tidak mempunyai kelab menjelang musim baharu.
Kevin Mendoza
Namanya penjaga gol import dari Filipina ini mungkin adalah yang terbaik dalam kategorinya untuk beberapa musim lepas.
Kevin Mendoza merupakan sebahagian daripada watak era gemilang Kuala Lumpur City FC yang berjaya meraih Piala Malaysia 2021 serta membawa kelab itu ke perlawanan akhir Piala AFC musim berikutnya.
Mendoza merupakan penjaga gol legenda dalam sejarah moden KL City.
Mendoza menghabiskan dua tahun bersama KL City sebelum mengikut Bojan Hodak ke Indonesia dengan menyertai Persib Bandung serta memenangi gelaran liga di sana.
Bilangan penjaga gol import di Liga Super tidaklah begitu besar, namun kehadiran mereka akan sentiasa diingati atas impak ditinggalkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram