Annuar Musa terus perkasa TRW ikat legenda Sri Pahang-Kedah, ada 3 lagi nama sebelum skuad lengkap


  • Podium
  • Selasa, 29 Jul 2025

Habib Haroon (kiri) dan Azam Azih (kanan) dibawa masuk menyertai Real Warrior.

WAKIL Liga Super dari Kelantan, The Real Warrior dilaporkan akan membawa masuk dua pemain tengah berpengalaman bagi menguatkan jentera serangan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa pada Selasa, Real Warrior sudah pun berjaya mengikat bekas pemain Sri Pahang FC, Azam Azih serta mantan pemain Kedah Darul Aman FC, Habib Haroon.

Kedua-dua pemain yang penuh pengalaman beraksi di Malaysia itu akan menguatkan skuad Real Warrior yang disertai 28 orang.

BACA LAGI: Isu identiti KRW-Kelantan: Tak salah bernostalgia cuma lebih elok bina legasi baharu

BACA LAGI: 'Kita bincang anak beranak', Annuar Musa enggan terburu-buru terima jawatan Presiden Kelantan The Real Warriors

"Sebagai usaha memperkasa bahagian tengah pasukan Liga Super Kelantan, kita bersetuju membawa masuk dua tonggak penting.

"Nor Azam Azih dan Habib Haroon kini sebahagian dari skuad 28 pemain TRW," kata Annuar.

Dalam masa yang sama Annuar turut memberikan isyarat yang kelabnya akan membawa tiga lagi nama untuk menguatkan skuad sebelum musim bermula.

Skuad Real Warrior dianggap sudah lengkap dan boleh memberikan cabaran untuk musim baharu.

"Dua lagi pemain tempatan dan satu pemain ASEAN akan memperkukuh barisan pertahanan.

"Kini skuad Kelantan TRW lengkap dan bersedia memulakan saingan Liga Super dan Piala FA mulai Ogos ini," jelas Annuar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram