
MUSIM lepas kita menyaksikan runtuhnya Manchester United apabila mereka mengharungi musim terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dengan musim baharu sudah tiba, sudah pasti pembinaan semula pasukan sedang dilakukan dengan ramai beranggapan mereka tidak mampu membawa mana-mana pemain.
Namun begitu, ini adalah Manchester United, mereka masih ada magis untuk menarik orang ke Old Trafford.
BACA LAGI: Semifinalis Piala FA: Akmal Rizal tak rasa ada kejutan awal
BACA LAGI: Kelab Pantai Timur masuk senarai pasukan Liga M guna GK import
Magis belum hilang
Walaupun mengalami penurunan prestasi dalam beberapa musim kebelakangan ini, United masih lagi menjadi kelab tumpuan dalam hal perpindahan pemain.
Status mereka mungkin merudum dari musim ke musim, namun prestij United sebagai salah sebuah kelab terulung England masih ada.
Lihat saja pada jendela perpindahan pada musim panas, United sudah berjaya membawa masuk Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo sebagai usaha menajamkan posisi serangan.
Mbeumo (kiri) antara pembelian baharu United musim ini.
Kedua-dua pemain tersebut merupakan watak penting kepada bekas kelab masing-masing iaitu Wolverhampton Wanderers serta Brentford.
Ditambah dengan pengalaman beraksi di EPL, United dilihat melakukan tindakan bijak apabila mendapatkan pemain yang sudah biasa dengan liga itu.
Dengan membawa masuk dua pemain yang berkualiti seperti Cunha dan Mbeumo, sudah pasti United masih mempunyai magis dalam menarik nama-nama hebat ke Old Trafford.
Bukan kerana wang semata-mata
Melihat kepada prestasi United sekarang, pasti ada yang berasakan keputusan Cunha dan Mbeumo menyertai mereka adalah kerana faktor wang semata-mata.
Namun sudah pasti bukan kerana wang, sebaliknya mereka menyertai United kerana prestij sebagai kelab utama di England.
Pengalaman beraksi untuk salah satu kelab terhebat dunia pastinya sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain walaupun ketika sedang berdepan zaman kejatuhan.
Mungkin pada fikiran Cunha dan Mbeumo, mereka boleh menjadi pencetus kepada kebangkitan United sekali gus akan menjamin gelaran sebagai legenda kelab selepas mereka bersara kerana membawa semula kejayaan ke Old Trafford.
Sesko dikatakan menolak tawaran awal Newcastle untuk menyertai United.
Prestij yang ditawarkan oleh United masih mampu menarik pemain handalan untuk menyertai mereka walaupun tanpa tiket beraksi di kejohanan Eropah.
Situasi melibatkan Benjamin Sesko boleh dijadikan contoh, sebelum ini dia dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle United dan dilihat bersetuju untuk menyertai mereka.
Akan tetapi, apabila United datang, pendirian Sesko mula berubah dan dia mula mahu beraksi untuk The Red Devils.
Tumpuan mungkin terarah kepada Liverpool dan Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini, namun jangan dipandang rendah kemampuan United dalam merekrut pemain.
Seperti kata mereka, when you're big, you are big. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram