
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meninggalkan tanda soal kepada pengurusan Selangor FC mengenai jurang antara dua kelab.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan yang Gergasi Merah semakin berjaya mengurangkan jurang dengan JDT.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor menerusi media sosialnya berasakan penyokong Selangor berhak dapat lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang.
BACA LAGI: 'Apa saja boleh berlaku', bintang muda Gergasi Merah mahu beri saingan terbaik lawan JDT
BACA LAGI: Man United buktikan faktor sejarah mampu tarik pemain ternama walaupun dalam 'zaman gelap'
"Terangkan kepada saya Johan, bagaimana Selangor merapatkan jurang?
"Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganlah sampai cuba bodohkan penyokong sendiri. Penyokong Selangor berhak dapat lebih baik," kata Tunku Ismail.
Tunku Ismail kemudiannya meletakkan statistik yang menepis dakwaan Johan mengatakan yang Selangor kini semakin menghampiri JDT.
Malah, pemilik JDT itu turut mengatakan yang kekalahan Selangor di perlawanan akhir Piala FA musim lepas adalah yang terburuk dalam rekod kejohanan itu.
"Musim 2023, beza 15 mata dalam liga. Musim 2024/2025, beza 28 mata.
"Musim 2022, kalah 1-5, seri 1-1, kalah 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Musim 2023, kalah 0-4, 0-4 dan 0-2. Musim 2024/2025, kalah 0-3 di laman sendiri dan 1-6, keputusan terbesar dalam sejarah perlawanan akhir Piala FA," ulasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram