
TULAR satu video di media sosial pada Isnin memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan wanita.
Menerusi video yang dikongsikan oleh VideoViral Malaysia di laman Facebook, situasi itu dipercayai berlaku ketika Hari Sukan Persatuan Keluarga Polis (Perkep).
Berdasarkan video berdurasi satu minit 42 saat itu, pertelingkahan tersebut dipercayai berlaku akibat ketidakpuashatian ketika acara sukan bola jaring berlangsung.
BACA LAGI: Putrajaya jadi saksi, PM Anwar umum Thailand, Kemboja setuju laksana gencatan senjata
Turut kelihatan, seorang wanita yang mengenakan jersi putih bernombor 16 bertindak agresif dengan menendang individu lain, sekali gus menjadikan situasi lebih tegang.
Dalam video itu juga, beberapa individu lain cuba meleraikan ketegangan tersebut.
Bagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram