Tak kisah main divisyen bawah, bintang Liga M buktikan harga sebenar minit permainan


  • Podium
  • Ahad, 27 Jul 2025

Dari kiri: Forestieri, Goulon dan Clough pernah menikmati suhu tinggi bola sepak England.

TIDAK keterlaluan untuk mengatakan yang Liga Super kini berjaya menarik perhatian pemain import dari pelbagai sudut dunia.

Ia termasuklah mereka yang pernah beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris atau English Champioship yang merupakan liga divisyen dua negara tersebut.

Beberapa nama bintang import di liga kita pernah beraksi di liga tersebut sebelum datang ke Malaysia.

BACA LAGI: Saya letak mindset tidak berasa diri lebih dari sesiapa — Arif Aiman

BACA LAGI: Saya banyak belajar sejak mereka sertai Harimau Malaya — Arif Aiman

Fernando Forestieri

Nama tersebut mungkin adalah pemain import paling cemerlang di Liga Super yang pernah beraksi di divisyen dua England.

Forestieri ketika itu pernah beraksi untuk Watford dan terlibat dalam perlawanan gila bertemu Leicester City dalam separuh akhir playoff ke Liga Perdana Inggeris pada 2013.

Forestieri pernah beraksi untuk Watford semasa awal kariernya.

Di Malaysia, Forestieri menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kehadirannya jelas sekali meningkatkan tingkat kualiti pemain import bagi kelab itu.

Bersama Harimau Selatan, Forestieri menghasilkan 50 gol dan 25 bantuan jaringan dalam 72 penampilannya bersama kelab.

Herold Goulon

Nama pemain ini akan sentiasa diingati dengan bentuk fizikalnya yang tegap sebagai pertahanan tengah.

Herold Goulon antara pemain yang pernah beraksi di England satu ketika dahulu dengan dia menyertai kelab-kelab seperti Blackburn Rovers serta Doncaster Rovers.

Goulon kini tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan oleh Negeri Sembilan.

Di Malaysia, Goulon menyertai dua kelab dengan Sri Pahang FC adalah pasukan yang sinonim dengannya selain Negeri Sembilan FC.

Kini sudah dilepaskan oleh Negeri Sembilan, Goulon tidak mempunyai kelab baharu dengan persaraan mungkin menjadi salah satu pilih memandangkan usianya kini 37 tahun.

Zach Clough

Seorang lagi pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di England adalah muka baharu Selangor FC iaitu Zach Clough.

Pemain yang sememangnya berasal dari England itu memulakan kariernya bersama skuad remaja Bolton Wanderers sebelum beraksi untuk beberapa kelab seperti Nottingham Forest serta Wigan Athletic.

Clough merupakan produk akademi Bolton Wanderers.

Sebelum ke Selangor, Clough beraksi untuk Adelaide United di Australia dan menjadi watak penting kepada kelab tersebut.

Pemergiannya ke Selangor jelas dirasai oleh penyokong Adelaide dan itu memberikan isyarat Clough merupakan seorang pemain berkualiti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram