[VIDEO] Terus memukau bersama kelab baharu, bakat warisan Malaysia raih gelaran 'Chinaldo'


  • Podium
  • Isnin, 28 Jul 2025

Richard Chin semakin disukai oleh penyokong Raith Rovers.

PEMAIN muda berdarah warisan negara, Richard Chin terus mencuri tumpuan apabila menampilkan persembahan berkualiti bersama kelab baharunya, Raith Rovers di Scotland.

Dengan musim bola sepak di Scotland sudah bermula menerusi pertandingan Piala Liga Scotland, Richard tidak mengambil masa lama untuk memikat hati penyokong kelabnya.

Pemain berusia 22 tahun itu tampil dengan aksi bertenaga menerusi larian deras, hantaran kualiti serta melakukan gelecekan yang mengelirukan pihak lawan.

BACA LAGI: Tak kisah main divisyen bawah, bintang Liga M buktikan harga sebenar minit permainan

BACA LAGI: Baru saja dilantik, Syamsul Saad sudah dapat 'lampu hijau' penyokong kemudi Perak FA

Menerusi aksi bertenaga itu, Richard tidak menunggu lama untuk mendapat nama jolokan baharu itu yang setara dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo apabila dia kini digelar sebagai Chinaldo.

"Chinaldo," tulis laman media sosial kelab Raith Rovers dengan ringkas sambil menyiarkan video Richard 'membuli' pemain lawan.

Setakat musim ini, Richard sudah menghasilkan tiga penampilan dalam Piala Liga Scotland daripada empat perlawanan peringkat kumpulan.

Walaupun tidak menghasilkan gol atau bantuan jaringan, namun impaknya di padang mencuri tumpuan dengan penyokong berharap Richard akan lebih kerap diturunkan selepas ini.

"Semua orang nampak dengan jelas dia ini seorang pemain baik! Sentiasa mencipta peluang dan gerakkannya berada di kelas tersendiri, dia perlukan lebih banyak minit permainan," ujar John Porter.

"Harapnya dia akan sentiasa diturunkan oleh pengurus, rekrut yang sangat bagus!," komen Caroline Christie.

"Pemain yang sentiasa mengujakan untuk ditonton, boleh nampak pertahanan lawan gerun apabila dia diturunkan. Tahniah Chinaldo," kata David Erskine. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram