Baru saja dilantik, Syamsul Saad sudah dapat 'lampu hijau' penyokong kemudi Perak FA


  • Podium
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Syamsul perlu membimbing skuad Perak bagi saingan Liga A1 dan SUKMA 2026.

PERSEDIAAN Perak FA menjelang musim Liga A1 dilihat berada dalam keadaan yang baik selepas mereka mengumumkan kehadiran ketua jurulatih.

Pada Sabtu, Perak mengumumkan Syamsul Saad sebagai ketua jurulatih untuk membantu pasukan itu mengharungi saingan sengit Liga A1 serta Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Syamsul merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak Perak dengan dia sendiri pernah mengendalikan pasukan negeri itu di Liga Super.

BACA LAGI: Saya banyak belajar sejak mereka sertai Harimau Malaya — Arif Aiman

BACA LAGI: 'Alhamdulillah', Wan Amirul Afiq sah tinggalkan Kedah, setahun didakwa dianiaya beraksi tanpa gaji

"Seluruh warga Perak FA dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran Syamsul Saad sebagai Ketua Jurulatih Perak FA bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26 dan SUKMA Perak.

"Figura yang tidak asing dalam bola sepak negeri ini, Coach Syamsul atau Coach Choi pernah menyumbang tenaga sebagai pemain, dan kini kembali memimpin pasukan dengan pengalaman luas sebagai jurulatih," kata Perak dalam kenyataan mereka.

Sebagai rekod, Syamsul merupakan jurulatih yang mahir bekerja bersama-sama pemain muda dan hasilnya dapat dilihat ketika dia berjaya memenangi Piala Belia 2012, Piala Presiden 2014 serta SUKMA 2014 di Perlis.

Pelantikan Syamsul nyata disambut baik oleh penyokong Perak yang menanggap dia sebagai antara watak sinonim dan popular dalam kancah bola sepak negeri itu.

Boleh dikatakan, para penyokong memberikan 'lampu hijau' tanda lulus kepada pelantikan Syamsul mengetuai skuad Perak.

"Setengah musim 2016 dengan Perak, (masuk) separuh akhir Piala FA. Win rate dia tinggi," kata Eden Ben ZA.

"Untuk remaja boleh sangat ni," ujar Giustizia Spada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram