
IBU kepada pemain bola sepak kebangsaan, Khuzaimi Piee dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Jumaat.
Berita itu dikongsikan oleh bekas tonggak Selangor FC itu di laman Instagram miliknya.
"Balik-balik hantar Ahmad sekolah abang call cakap mama accident, YA ALLAH, selamatkanlah mama," tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Affifudin Razali terpaksa lupakan Piala Raja Thai, Azlan Alias disebut jadi pengganti
BACA LAGI: [VIDEO] Bintang JDT antara yang buat 'U-turn' tak lama lepas diumum berhijrah
Tangkap layar Insta Story Jimmy.
Sebelum ini, ramai beranggapan individu dimaksudkan bekas pemain kebangsaan itu merupakan isterinya dengan perkara tersebut sudah dikongsikan meluas di media sosial.
Bagaimanapun, dia kembali tampil menjelaskan salah faham tersebut dengan menyatakan mangsa merupakan ibunya yang ketika ini masih belum dipastikan keadaan kesihatannya.
"Ramai yang ingat isteri saya, yang terlibat kemalangan mak saya, saya panggil mama," katanya lagi.
Setakat ini, lokasi kejadian belum dikenal pasti dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai tahap kecederaan atau keadaan semasa ibu beliau.
Khuzaimi atau lebih mesra disapa Jimmy itu merupakan rekrut terbaharu Negeri Sembilan FC bagi menghadapi saingan musim 2025/2026.
Pemain pertahanan berpengalaman itu bukan nama asing buat skuad Jang apabila pernah menyarung jersi pasukan tersebut sebelum ini.
Kepulangannya ke Paroi dijangka mampu memberi impak besar di benteng pertahanan, sekali gus memperkukuh barisan pasukan kendalian Nidzam Jamil musim depan.
Sebelum ini, Jimmy beraksi bersama Selangor FC, namun kontraknya bersama Gergasi Merah berakhir pada 31 Mei 2025.
Namanya turut dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka FC, namun memilih untuk menyertai Negeri Sembilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram