Bekas bintang EPL tak direstui fans Gergasi Merah, siap tunjuk bukti lebih hebat dari kelab Australia


  • Podium
  • Selasa, 15 Jul 2025

Clough pernah bermain untuk Nottingham Forest pada musim 2016/2017 hingga 2017/2018. — Agensi

SELANGOR FC masih belum berpuas hati dengan skuad depth mereka apabila dikhabarkan akan membawa masuk seorang lagi tonggak baharu iaitu Zach Clough bagi memperkuatkan jentera tengah mereka.

Walaupun tiada laporan rasmi daripada pihak pengurusan Gergasi Merah, kehadiran Clough ke Lembah Klang sudah mencari bualan dalam kalangan penyokong bola sepak Australia berikutan pemain berkenaan merupakan tonggak kelab gergasi Liga-A, Adelaide United.

"Pemain tengah, Adelaide United iaitu Zach Clough difahamkan sudah menandatangani kelab gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC," kongsi pemerhati bola sepak Australia, Rob Cornthwaite di laman X.

BACA LAGI: Bukan saja JDT-Selangor, Sabah FC, Jang Hobin antara ‘sparring’ berkualiti kelab luar

BACA LAGI: Teruskan legasi ‘abang-abang’, skuad B-12 JDT kecewakan Selangor di final Kejohanan Belia LaLiga

Respons penyokong Gergasi Merah jelas menyambut baik berita berkenaan susulan pemain berusia 30 tahun berkenaan mempunyai pengalaman cukup menarik dalam karier bola sepaknya.

Pemain tengah berkenaan mula mendapat pendedahan dalam bola sepak bersama akademi Bolton dan selepas itu, Clough menyarung jersi Nottingham Forest, Rochdale AFC, Wigan Athletic serta Carlisle United.

Selepas hampir 10 tahun menjadi pemain profesional di England, tonggak kelahiran Manchester itu meneruskan karier bola sepaknya dengan menyertai Adelaide United pada musim 2022.

Sepanjang empat musim bersama pasukan Australia itu, Clough sudah beraksi dalam 93 perlawanan dengan dia menyumbang sebanyak 22 gol dan 24 bantuan jaringan untuk Adelaide United.

Pengalaman mahal pemain berkenaan jelas akan memberi keuntungan kepada Selangor. Namun, khabar angin itu tidak lari daripada kritikan apabila penyokong Adelaide United tidak merestui perpindahan berkenaan.

"Sangat membazir jika Clough meneruskan karier di sana," pendapat penyokong bola sepak Australia, Tevan D'Souza.

"Kehilangan pemain ke kelab Malaysia (selain Johor Darul Ta'zim) sesuatu yang sangat memalukan," komen penyokong Liga-A, Aufc_b.

"Tiada kelab yang lebih rendah daripada ini? Kenapa Adelaide United sanggup lepaskan permata seperti Clough," kata penyokong Adelaide, Een Byrn.

Tangkap layar kedudukan ranking antara Gergasi Merah dan Adelaide.

Tidak tersentak dengan komen pedas daripada penyokong Adelaide United, pengikut Gergasi Merah tampil menunjukkan bukti menunjukkan ranking Selangor FC jauh lebih baik daripada kelab Australia itu.

Berdasarkan tangkap layar penyokong Gergasi Merah, Selangor berada di kedudukan pertama dengan rating 70.4 dan peringkat global 1090. Manakala, Adelaide United berada di kedudukan kedua dengan rating 69.9 dan peringkat global 1151. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram