
PEMERHATI bola sepak berpengalaman, Datuk Hishamuddin Aun menerima Anugerah Penghargaan Khas pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Majlis anugerah anjuran Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) itu menyaksikan penulis berpengalaman tersebut diberi penghormatan di samping dua pemerhati sukan lain, Eric Samuel serta Yu Nee Khong.
Hishamuddin cukup terkenal dalam dunia penulisan sukan di beberapa media, malahan turut menjadi kolumnis buat Majoriti di bawah nama kolum ‘Laptop Cabuk’.
BACA LAGI: Irfan: Ini bukan caranya saya mahu berundur sebagai jurulatih
BACA LAGI: Cheng Hoe tidak melatah hadapi jendela perpindahan, cabaran selanjutnya
Hishamuddin Aun sudah bergelar wartawan selama 46 tahun dengan pelbagai bidang penulisan sudah diceburinya.
"Inilah sebuah rezeki yang tidak terduga. Ini kerana kerja sebagai wartawan sukan adalah untuk menggemilangkan ahli sukan, bukan untuk diri sendiri. Jadi, penghargaan ini amat bermakna kerana datang daripada ahli persatuan sendiri.
"Untuk wartawan muda, anda perlu banyak membaca hasil tulisan yang baik dan kita perlu cuba menjadi seperti mereka," katanya kepada Majoriti.
Di samping pernah menabur jasa di meja sukan, Hishamuddin yang memulakan karier dalam dunia kewartawanan pada 1979 turut terlibat dalam pelbagai bidang lain seperti jenayah dan mahkamah.
Namun, baginya, karier sebagai penulis sukan memberi kesan paling mendalam buatnya memandangkan pengalaman diraih sepanjang bertahun-tahun cukup berharga buatnya.
"Terlampau banyak momen terbaik sepanjang 46 tahun dalam bidang kewartawanan. Daripada segenap bahagian kewartawanan saya lalui, termasuk jenayah, mahkamah dan politik, detik dinikmati semasa di meja sukan meninggalkan kenangan paling mendalam," katanya.
Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin pula dipilih sebagai Tokoh Kepmpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2024 atas sumbangan beliau yang konsisten dan menyeluruh dalam pembangunan bola sepak kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram