
MALAYSIA sekali lagi melakar sejarah di pentas bola sepak remaja antarabangsa apabila FC Kepong bawah 8 tahun (U8) muncul juara Kejohanan IberCup 2025 yang berlangsung di Estoril, Portugal, pada Ahad.
Pasukan cilik kendalian jurulatih Shazwan Wong itu menampilkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan, mencatat empat kemenangan dan dua kekalahan dalam saingan Kumpulan A untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Di peringkat itu, mereka menewaskan wakil Sepanyol, Uliamate Madrid, dengan keputusan 5-3, sebelum meneruskan kecemerlangan di pentas akhir menentang satu lagi pasukan dari negara sama, Aravaca SS.
BACA LAGI: JDT labur RM15 juta, Sabah FC sempat menyelit miliki pemain termahal Liga Super
Dua jaringan menerusi Agiel Zhariff Norsham pada minit ke-35 dan 56 menjadi penentu kemenangan mutlak FC Kepong U8, sekali gus mengesahkan kejuaraan sulung mereka dalam kejohanan berprestij itu.
@ShazwanWong and FC Kepong U8 won the IberCup in Estoril, Portugal. pic.twitter.com/843Sd0wles
— Harimau Abroad(@HarimauAbroad) July 6, 2025
Shazwan dalam satu hantaran di laman X (dahulunya Twitter) meluahkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa anak-anak didiknya.
"Syukur Alhamdulillah … bawa nama Kepong, bawa nama Malaysia. Signing off from Portugal, bringing this bad boy home," katanya.
Untuk rekod, IberCup merupakan antara kejohanan bola sepak remaja paling besar dan berprestij di dunia yang menghimpunkan kelab-kelab akademi ternama dari seluruh dunia.
Pencapaian ini juga mengulangi kejayaan tahun lalu apabila skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) bawah 14 tahun muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 selepas menewaskan St Johns Wood United 2-1 di pentas final. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram