[VIDEO] Kiper legenda Penang meninggal dunia, rebah ketika aksi 4 penjuru Legend All Star di Manjung


  • Podium
  • Sabtu, 05 Jul 2025

Tangkap layar memaparkan Firos Mohammed (kiri) rebah secara tiba-tiba ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru 'Legend All Star' yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Sabtu.

BEKAS penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohammed, dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Sabtu.

Berita duka itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Zachki Ahmad Suri menerusi hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama. 

"Dukacita, Firos Mohammed telah kembali ke rahmatullah pukul 10.15 malam," tulisnya ringkas. 

BACA LAGI : JDT labur RM15 juta, Sabah FC sempat menyelit miliki pemain termahal Liga Super

BACA LAGI : Endrick Dos Santos kurang menyerlah di Vietnam, tak mustahil Sabah FC, kelab Lembah Klang destinasi transit

Terdahulu, tular satu video memaparkan pemain tersebut tiba-tiba rebah ketika beraksi mewakili pasukan Penang Legend All Stars. 

 

Lebih mengejutkan, anak pemain tersebut yang turut berada di kawasan padang dilaporkan turut pengsan, dipercayai akibat terkejut menyaksikan insiden tersebut.

Kedua-duanya segera diberi bantuan awal oleh pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam aksi penuh nostalgia yang mendapat sambutan hangat daripada para peminat.

Untuk rekod, Firos Mohammed dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang era 1990-an, dan kehadirannya dalam kejohanan ini menjadi antara tarikan utama buat para peminat yang hadir memberi sokongan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram