
SELANGOR FC terus memperkukuh barisan serangan menjelang saingan baharu Liga Malaysia apabila menaikkan penyerang muda Afghanistan, Omid Musawi ke skuad utama daripada pasukan Bawah 23 Tahun (B-23).
Musawi, 24, yang terkenal dengan kepantasannya di atas padang, menyertai skuad pembangunan Red Giants pada Oktober tahun lalu dan kini bersedia membuktikan kemampuan bersama pasukan utama.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Selangor untuk menambah sengat di jentera serangan, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi bagi menghadapi cabaran musim baharu.
BACA LAGI : Dollah Salleh kunci mulut, Zainal harap 'jodoh' bersama Imigresen FC berpanjangan
BACA LAGI : 'Coach Kino yang pilih, trust the process', Chrigor Moraes sah ke Selangor FC
Pemain kelahiran Afghanistan itu dijangka memberikan saingan sengit kepada penyerang sedia ada mahupun bintang import baharu iaitu, Chrigor Moraes.
Sem Scheperman (kiri) meninggalkan emoji berbentuk api dalam salah satu gambar pengumuman rasmi Omid Musawi menjadi pemain Red Giants.
Musawi bukan hanya mampu beraksi sebagai pemain sayap kiri, malah pemain tersebut juga boleh diletakkan sebagai penyerang tengah dengan ia jelas akan menambah variasi dalam taktikal pasukan.
Dalam pada itu, kehadiran Musawi dalam skuad utama Selangor juga diam-diam dapat 'pembakar semangat' dari Sem Scheperman, iaitu pemain yang pernah dicanang sebagai tonggak warisan negara.
Sem Scheperman meninggalkan emoji berbentuk api dalam salah satu gambar pengumuman rasmi Omid Musawi menjadi pemain Red Giants di laman Instagram rasmi kelab tersebut.
Untuk rekod, Scheperman merupakan pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di Liga Eredivisie Belanda. Dia sebelum ini dikatakan mempunyai darah Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah menghubungi Scheperman mengenai masa depannya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaysia pada masa akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram