
SAINGAN Liga Super Malaysia bukan lagi seperti dahulu dan dalam usaha menyaingi kelab serantau serta melonjakkan mutu permainan, beberapa kelab utama tempatan kini tidak teragak-agak membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan khidmat pemain bertaraf antarabangsa.
Fenomena ini dapat dilihat jelas menerusi kemasukan pemain-pemain import berprofil tinggi ke dalam Liga Malaysia, khususnya oleh pasukan yang memiliki keupayaan kewangan kukuh seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelaburan besar itu bukan sekadar untuk meraih kejayaan di peringkat domestik, malah menjadi strategi jangka panjang untuk membentuk pasukan lebih kompetitif di pentas Asia seperti saingan Liga Juara-Juara AFC.
BACA LAGI : Endrick Dos Santos kurang menyerlah di Vietnam, tak mustahil Sabah FC, kelab Lembah Klang destinasi transit
BACA LAGI : Omid Musawi sarung jersi The Red Giants, dapat 'pembakar semangat' pemain warisan
Bagi peminat bola sepak tempatan, ini merupakan perkembangan positif yang menunjukkan kesungguhan kelab dalam mempertingkatkan standard permainan.
Berikut adalah tiga pemain yang kini dianggap paling mahal dalam sejarah kelab Liga Super Malaysia.
1. Jalil Elias (JDT) – RM15 juta
Jalil Elias muncul sebagai pemain termahal dalam sejarah Liga Malaysia setakat ini. Gambar Facebook/Johor Southern Tigers
Jalil Elias muncul sebagai pemain termahal dalam skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25 sekali gus menjadikannya permain termahal dalam Liga Malaysia.
Ketibaannya di JDT diharapkan dapat memperkuat jentera tengah skuad Harimau Selatan dan membantu pasukan itu meneruskan dominasi di peringkat domestik.
Malah dia juga pernah dicanang akan menjadi pencabar utama dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.
Namun, selepas hanya mencatatkan 69 minit aksi dalam Liga Super 2024, Jalil Elias dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield, dan kemudian terdapat spekulasi bahawa dia tidak akan menyambung kontrak bersama JDT selepas tamat kontrak pada penghujung Mei 2025.
2. Jordi Amat (JDT) – RM4.67 juta
Jordi Amat membawa kredibiliti dan ketenangan di benteng skuad Harimau Selatan. — Gambar Facebook/Johor Southern Tigers
Jordi Amat adalah pemain kedua termahal dalam sejarah Liga Super Malaysia.
Pada musim 2023, nilai pasaran pemain pertahanan JDT itu dilaporkan mencecah RM4.67 juta.
Nilai perpindahan dan kontraknya dianggarkan sekitar RM4.67 juta, menjadikannya pemain kedua paling mahal di Liga Super ketika ini.
Berpengalaman beraksi di La Liga dan Liga Perdana Inggeris (EPL), Jordi Amat membawa kredibiliti dan ketenangan di benteng skuad Harimau Selatan.
Sejak menyertai JDT pada 2022, Jordi menjadi tonggak pertahanan utama dan kapten pasukan, menyumbang kepada dominasi JDT dengan memenangi kejuaraan Liga Super Malaysia secara berturut-turut, Piala Malaysia, Piala FA, dan Piala Sumbangsih.
3. Sam Johnson (Sabah FC) – RM3.3 juta
Karier Sam Johnson bersama Sabah FC terganggu akibat kecederaan lutut yang serius. — Agensi
Sam Johnson adalah seorang pemain bola sepak Liberia yang pernah bermain untuk pasukan Sabah FC pada musim 2020/2021.
Penyerang berketinggian 180 sentimeter (cm) turut dikatakan menerima kontrak lumayan bersama Sabah FC dan dianggarkan bernilai RM3.3 juta serta merupakan pemain termahal pada ketika itu.
Namun, kariernya bersama Sabah FC terganggu akibat kecederaan lutut yang serius.
Kecederaan itu sekali gus menyebabkan dia terpaksa menamatkan musim lebih awal dan berpisah dengan Sabah FC.
Sepanjang menyarung jersi Sabah, Johnson beraksi sebanyak 10 perlawanan Liga Super dan hanya mampu menyumbang sebanyak dua jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram