'Boleh lawan JDT ke?', diam-diam buat kerja, KL City sambar Manuel Hidalgo


  • Podium
  • Rabu, 02 Jul 2025

Kehadiran Manuel Hidalgo akan memberi suntikan semangat baharu kepada Kuala Lumpur City FC. — Gambar/X KL City FC

KUALA Lumpur City FC (KL City FC) terus memperkemaskan barisan serangan mereka apabila sah mendapatkan khidmat pemain sayap lincah secara pinjaman, Manuel Hidalgo sebagai pemain import baharu untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran rasmi kelab di platform X pada Rabu yang mengesahkan kehadiran pemain kelahiran Argentina itu sebagai sebahagian daripada perancangan pasukan memperkukuh jentera serangan.

"Selamat datang ke ibu kota, Manuel Hidalgo," katanya.

BACA LAGI: Safawi Rasid sah ke KL City, Manuel Ott turut dipetik sekali

BACA LAGI: 'Flop' bersama kelab baharu, 3 ex import Liga Super termasuk peledak JDT-Selangor bagaikan terkena 'sumpahan'

Hidalgo menjadi rekrut kedua yang diumumkan KL City selepas membawa masuk pemain kebangsaan, Safawi Rasid secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

 

 

 

Meskipun penyertaan Manuel Hidalgo dan Safawi Rasid memberi suntikan semangat baharu kepada Kuala Lumpur City FC, timbul persoalan dalam kalangan penyokong mengenai kelayakan kedua-dua pemain itu untuk diturunkan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini.

Persoalan itu tercetus susulan komen pengguna media sosial bernama Donnie III yang mempersoalkan status mereka dalam perlawanan menentang JDT. 

"Lawan JDT tak boleh main ke macam mana ini?," soalnya. 

Umum mengetahui bahawa dalam beberapa kes sebelum ini, pemain yang dipinjamkan dari JDT tidak dibenarkan beraksi menentang kelab induk atas syarat pinjaman yang ditetapkan.

Untuk rekod, Hidalgo beraksi cemerlang musim lalu bersama Sri Pahang apabila merekodkan tujuh jaringan dan empat bantuan gol dalam 24 penampilan dan membantu Tok Gajah muncul naib juara Piala Malaysia.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram