[VIDEO] Robot pun dah mampu kalahkan Mbappe, perlawanan unik di China bukti kecanggihan teknologi AI


  • Podium
  • Khamis, 03 Jul 2025

Perlawanan itu berlangsung di Beijing, China pada Sabtu menyaksikan empat pasukan robot humanoid bersaing.

DUNIA bola sepak manusia sudah hampir berakhir apabila satu perlawanan unik di Beijing, China pada Sabtu menyaksikan empat pasukan robot humanoid bersaing dalam perlawanan tiga lawan tiga yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Bukan hanya kelincahan robot-robot tersebut turut menjadi tumpuan, malah pihak penganjur juga menggunakan padang bola yang dipenuhi elemen buatan mengikuti kesesuaian si pemain.

Walaupun permainan bola sepak masa kini sering dikritik kerana terlalu mementingkan kesempurnaan taktikal sehingga dianggap seperti robotik, perlawanan itu menunjukkan AI masih jauh daripada mampu menggantikan pemain bintang seperti Kylian Mbappe.

BACA LAGI: [VIDEO] Apek teruja bola sepak Kelantan kembali meriah, serahkan masa depan kepada pengurusan Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Jagalah kebajikan, Indra Putra selari hasrat penyokong mahu kebangkitan bola sepak Kelantan

Rakaman perlawanan tersebut memperlihatkan robot humanoid bergelut untuk menendang bola atau kekal berdiri, malah ada yang terjatuh seperti aksi menyelam yang boleh membawa kepada kad kuning jika dilakukan oleh pemain manusia.

Permainan bola sepak AI itu juga semakin menarik apabila dua daripada robot tersebut terpaksa dibawa keluar menggunakan pengusung selepas gagal bangun kembali selepas terjatuh.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Booster Robotics, Cheng Hao menjelaskan bahawa pertandingan sukan seperti yang dilakukan oleh syarikat pembekal robot itu adalah medan ujian terbaik bagi robot humanoid.

Menurutnya, manusia dan robot mungkin akan bermain bersama pada masa depan, tetapi robot perlu dilengkapi dengan keselamatan yang tinggi.

“Pada masa depan, kami (syarikat robot) mungkin akan mengatur supaya robot bermain bola sepak bersama manusia. Itu bermakna kami mesti memastikan robot itu benar-benar selamat,” kata Cheng.

Sementara itu, Profesor Subramanian Ramamoorthy dari Universiti Edinburgh, yang mengetuai bidang pembelajaran dan autonomi robot berkata, robot-robot itu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan walaupun masih mengalami beberapa kekurangan seperti terjatuh.

Tangkap layar momen salah satu robot cedera ketika bermain.

Menururnya, robot-robot berkenaan serupa dengan peserta pertandingan RoboCup, satu kejohanan robot humanoid antarabangsa dengan dia turut kagum melihat kemajuan yang dicapai industri itu dari tahun ke tahun.

Pertandingan itu melibatkan pasukan universiti yang mengadaptasi robot mereka dengan algoritma masing-masing.

Dalam perlawanan akhir, pasukan THU Robotics dari Universiti Tsinghua muncul juara selepas menewaskan pasukan Mountain Sea dari Universiti Pertanian China dengan keputusan 5–3. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram