[VIDEO] 'Rindu Tze Yong-Justin', bintang muda perseorangan lelaki sasar Piala Thomas 2026


  • Podium
  • Khamis, 03 Jul 2025

Antara aksi Eu Cong dalam kejohanan Piala Asics Masiswa 2025. — Facebook/Strivnite

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Low Eu Cong menyuarakan harapannya untuk kembali beraksi bersama dua jaguh muda negara yang juga bekas rakan sepasukannya iaitu Ng Tze Yong dan Justin Hoh.

Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini bersama-bersama Tze Yong dan Justin sebagai sebahagian tonggak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun Eu Chong digugurkan dari badan induk berkenaan pada 2022.

Eu Cong mengakui rasa rindu untuk kembali berada dalam satu pasukan bersama Tze Yong dan Justin dengan dia berharap akan bersatu sebagai rakan sepasukan pada suatu hari nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Prospek regu wanita negara anggap Asics Masiswa persediaan ke Kejohanan Remaja Asia

BACA LAGI: [VIDEO] Poopathi bangkit 8 tahun lepas ditunjuk jalan BAM, pasang cita-cita ke Olimpik

Menariknya, Eu Cong memasang impian untuk bersama mereka dalam mewakili Malaysia di saingan Piala Thomas pada 2026 nanti, yang akan berlangsung di Horserns, Denmark.

Dia turut menjadikan Piala Thomas edisi akan datang sebagai sasaran utama dalam kerjaya semasanya dan menzahirkan komitmen tinggi untuk terus berlatih keras demi mencapai tahap terbaik.

“Saya berharap akan bersama mereka semula suatu hari nanti. Mungkin di Piala Thomas atau Piala Sudirman. Saya harap kami semua dapat terus berkembang dan berjuang untuk Malaysia.

“Bagi saya, mungkin Thomas Cup 2025 adalah sasaran. Saya akan terus berlatih dan memberi segalanya untuk dipilih. Tetapi saya juga sedar semuanya bergantung kepada prestasi saya sendiri,” katanya kepada Majoriti

Demi mengejar sasaran berkenaan, Eu Cong baru sahaja memenangi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan membantu pasukannya muncul juara berpasukan dalam kejohanan Piala Asics Masiswa 2025 pada baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya sebagai bekas pemain di bawah BAM, Eu Cong menjelaskan bahawa tekanan di pentas kebangsaan memberikan banyak kelebihan untuk membentuk mentaliti yang lebih mantap.

Eu Cong memenangi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dalam kejohanan Piala Asics Masiswa 2025 pada baru-baru ini.

“Sebagai bekas pemain BAM, kami lebih stabil dari segi emosi dan tidak mudah panik. Kami belajar menyesuaikan strategi permainan dan itu jadi kelebihan kami. Kami boleh tukar rentak bila perlu,” jelasnya.

Selepas ini, Eu Cong dijadual menyertai Piala Lin Dan di China bulan depan sebelum turun ke gelanggang BWF pada Ogos.

Untuk rekod, Eu Cong sebelum ini pernah beraksi di Piala Lin Dan, namun tersingkir seawal pusingan 16, menjadikan penampilan kali ini sebagai misi penebusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram