
PENYERANG Liverpool, Diogo Jota, 28, dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di Zamora, Sepanyol pada Khamis.
Media Sepanyol, Marca mendakwa pemain antarabangsa Portugal itu terlibat dalam perjalanan bersama adiknya, Andre, 25, yang juga meninggal dunia apabila kereta mewah mereka terbabas dan terbakar.
Satu hantaran di X daripada Majlis Provinsi Zamora menulis 'dua orang muda telah meninggal dunia dalam kemalangan di A-52 (Palacios de Sanabria)'.
BACA LAGI: Kecewa tawaran gaji Liverpool, bek kental patut pergi Man United berbanding pilih Real Madrid
BACA LAGI: Liverpool tak minat, Man United lega ada kelebihan ikat Viktor Gyokeres
Untuk info, penyerang berusia 28 tahun berkenaan baru sahaja berkahwin dua minggu lalu dengan pasangan iaitu Rute Cardoso dengan Jota juga meninggalkan tiga orang anaknya.
Pemain yang juga merupakan watak penting skuad Portugal itu menyertai Liverpool pada 2020 selepas menonjol bersama Wolves, dan segera menjadi tonggak penting dalam skuad The Reds.
Sumbangannya membantu Liverpool meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2022, selain membawa pasukan itu ke posisi naib juara dalam Piala EFL dan Liga Juara-Juara pada musim yang sama.
Selepas pengurus legenda Jurgen Klopp meninggalkan pasukan dan digantikan oleh Arne Slot, Liverpool terus cemerlang dengan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.
Liverpool striker Diogo Jota and his brother have both passed away due to traffic accident, reports Marca.
Deepest condolences, support, and thoughts are with those involved, his family and loved ones.
May his soul rest in peace.pic.twitter.com/qwz7soJu5n
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 3, 2025
Jota mencatatkan sembilan gol dalam 37 penampilan sepanjang musim tersebut, menegaskan peranannya sebagai pemain utama.
Perjalanan kerjaya Jota bermula di Pacos de Ferreira apabila prestasinya menarik perhatian Atletico Madrid.
Namun, pemain berkenaan menghadapi cabaran untuk mengekalkan tempat dalam pasukan utama di Sepanyol dan seterusnya dipinjamkan ke Porto sebelum berhijrah ke Wolves pada 2017.
Pindahannya ke Molineux menjadi kekal pada Januari 2018 apabila Jota meledak 17 gol liga pada musim tersebut dan membantu Wolves kembali ke Liga Perdana.
Dalam pada itu, memetik kenyataan polis, kemalangan itu berlaku selepas salah satu tayar kereta meletup ketika memotong di Lebuh Raya Rias Bajas (A-52) berhampiran Palacios de Sanabria, dalam perjalanan menuju ke Benavente.
“Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada pukul 12.30 pagi tadi (Khamis) di kilometer 65 lebuh raya A-52, dalam kawasan perbandaran Cernadilla, Zamora.
“Sebuah kenderaan telah terbabas dan segala petunjuk menunjukkan tayarnya meletup ketika memotong. Akibat kemalangan itu, kereta tersebut terbakar dan kedua-dua individu telah terkorban.
“Sementara menunggu ujian forensik diselesaikan, salah seorang mangsa telah dikenal pasti sebagai Diogo Jota iaitu pemain Liverpool FC dan adiknya, Andre Felipe," memetik kenyataan pihak polis Sepanyol. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram