
KUALA Lumpur (KL) City FC kini sah berpisah dengan ketua jurulatihnya, Miroslav Kuljanac selepas hanya semusim mengemudi pasukan ibu kota itu dalam saingan Liga Malaysia.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran rasmi di platform X (dahulunya Twitter) kelab berkenaan, yang merakamkan penghargaan terhadap sumbangan jurulatih berusia 54 tahun itu sepanjang bersama pasukan.
"Terima kasih Coach Kuljo atas komitmen dan kepimpinan yang tidak berbelah bahagi. Semoga terus berjaya dalam perjalanan seterusnya,” tulis kenyataan ringkas kelab itu.
BACA LAGI: Safawi ada 'wow factor' berbanding 2 lagi calon pikat Sabah ganti Saddil
BACA LAGI: Dollah Salleh kunci mulut, Zainal harap 'jodoh' bersama Imigresen FC berpanjangan
Miroslav yang berasal dari Croatia mula dilantik sebagai pengendali skuad Warga Kota pada awal musim 2024, menggantikan Bojan Hodak.
Thank you Coach Kuljo, for your unwavering commitment and leadership. Wishing you continued success in your next journey #klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/8WEutcHfAF
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 1, 2025
Sepanjang kendaliannya, prestasi pasukan dilihat tidak konsisten meskipun pernah mencatat beberapa keputusan mengejutkan.
Pemergian Miroslav sekaligus membuka spekulasi baharu mengenai calon pengganti, termasuk bekas ketua bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan posisi tersebut.
Fandi, yang mempunyai pengalaman luas selaku jurulatih, dikatakan antara nama yang sedang dipertimbangkan oleh pihak pengurusan KL City untuk membawa nafas baharu menjelang musim 2025.
Terdahulu, timbul khabar angin yang melaporkan Fandi bakal mengemudi skuad Warga Kota, namun setakat ini, pihak pengurusan kelab masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pengganti Miroslav. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram