
PENDATANG baharu Liga Malaysia (Liga M), Kelantan Red Warriors (KRW) FC mengumumkan kehadiran semula penyerang berpengalaman iaitu Norshahrul Idlan Talaha bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025.
Pengumuman berkenaan dibuat di laman media sosial rasmi Kelantan Red Warriors yang menyaksikan Mat Yo serta Presiden Kelab, Nik Hafiz Naim bergambar bersama selepas menandatangani kontrak.
Kepulangan Norshahrul yang pernah menjadi tonggak utama skuad TRW satu ketika dahulu, disambut baik oleh penyokong setia pasukan dengan rata-rata peminat meluahkan keterujaan mereka di media sosial.
BACA LAGI: [VIDEO] Jagalah kebajikan, Indra Putra selari hasrat penyokong mahu kebangkitan bola sepak Kelantan
BACA LAGI: Selepas meratib soal gaji, Mat Yo kini sah bersama KL City
Pemain berusia 39 tahun berkenaan mencipta nama bersama Kelantan selepas berjaya membantu skuad itu muncul gergasi bola sepak negara beberapa tahun lalu termasuk merangkul kejuaraan 'treble' pada 2012.
Pengikut kelab Pantai Timur berkenaan melihat figura legenda seperti Norshahrul dilihat sebagai suntikan semangat buat pasukan Pantai Timur berkenaan untuk kembali menggegarkan saingan domestik.
Penyokong menyifatkan pemilihan Norshahrul sebagai langkah strategik, bukan sahaja untuk menguatkan jentera serangan, tetapi juga bagi membimbing pemain muda yang kini mengisi barisan utama KRW.
Tidak cukup dengan kehadiran Norshahrul, penyokong KRW juga berharap pihak pengurusan menandatangani seorang lagi legenda kelab iaitu Indra Putra Mahayuddin sebagai tonggak penting musim ini.
"Bawa Indra lagi seorang, kalau dia ada memang dia boleh menjadi satu sebab untuk tarik penyokong memberi sokongan," kata peminat Kelantan, Zam Dika Nelang.
"Indra Putra pun masih relevan untuk saingan Liga A1," komen penyokong bola sepak KRW, Khairul Izwan Zakaria.
"Pemain senior begini bukan hanya hadir sebagai pemain, duta KRW tarik penyokong tetapi juga sebagai mentor kepada pemain muda," pendapat dari penyokong, Syakir Zafran.
Indra Putra ketika bermain bersama Kelantan.
Untuk rekod, pemain berusia 43 tahun itu bermain bersama kelab negeri itu sebanyak empat kali, Kelantan (2009-2010), Kelantan (2012-2013), Kelantan (2016-2017) dan kini Kelantan United FC pada musim 2023.
Dengan pengalaman luas bersama beberapa kelab utama, kehadiran Mat Yo dan jika berhasil mendapatkan Indra Putra, mereka diharap dapat membantu Kelantan Red Warriors mencipta kejayaan dalam kempen Liga A1 Semi Pro 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram