
PETARUNG Malaysia, Putra 'The Prince' Abdullah membuktikan kehebatannya di pentas Kejohanan Seni Bela Diri, Byon Combat 5 apabila berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Rachmat Rizal Gozali atau lebih dikenali sebagai KK Chal dalam aksi peraturan kick striking pada Sabtu malam.
Kemenangan bergaya itu bukan sahaja menambah kejayaan Putra di pentas antarabangsa, malah turut membungkam kenyataan angkuh lawannya itu sehari sebelum perlawanan.
“Semua orang, bahkan di Indonesia sendiri, merendahkan saya. Tapi saya berdiri di sini dan akan buktikan versi terbaik saya,” kata KK Chal dalam sidang media pra-perlawanan.
BACA LAGI: Dua tawaran awal tidak menjadi, Fandi masih sabar menanti
@byoncombat KKCAL INGIN BUKTIKAN KEPADA MASYARAKAT INDONESIA BAHWA DIA AKAN BERADA DI VERSI TERBAIKNYA DI BYON COMBAT SHOWBIZ 5 @kkcal_ @celloszxz #byoncombatshowbiz #byoncombatshowbiz5 #byoncombat original sound - BYON COMBAT
Namun, Putra tampil tenang dan membalas sindiran tersebut dengan kenyataan ringkas tetapi tajam, “Rileks, rileks... jangan menangis.”
Beliau turut mengingatkan KK Chal supaya tidak sekadar gah berkata-kata, tetapi membuktikan kemampuannya di atas gelanggang.
“Kau mahu emosional macam mana pun, esok kau buktikan dalam gelanggang. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua boleh bertarung,” tegas Putra.
Lebih menarik, Putra turut menyedari bahawa sokongan terhadap KK Chal agak luar biasa kerana statusnya sebagai anggota tentera nasional Indonesia (TNI).
“Saya tahu ramai sokong dia sebab dia TNI, tapi di Malaysia pun saya pernah lawan dua askar, dua polis… saya kalahkan juga. Jadi mari kita tengok apa akan jadi malam ini,” katanya yakin.
Terbukti, keyakinan itu bukan sekadar omong kosong apabila Putra tampil dominan sepanjang pertarungan.
Dengan strategi tersusun dan pukulan yang tajam, beliau menguasai gelanggang dan akhirnya dinobatkan sebagai juara baharu ICB.
Kemenangan itu juga merupakan kejayaan kedua berturut-turut buat Putra di pentas Byon selepas menewaskan Bernard Salasa atau lebih dikenali sebagai KK Ungke dalam Byon 4 sebelum ini.
Dua kemenangan ke atas petarung dari ‘klan KK’ meletakkan Putra kini dengan rekod bersih 2-0 dan menjadikannya antara petarung Malaysia paling konsisten serta berprofil tinggi dalam kejohanan anjuran Byon.
Untuk rekod, Putra merupakan salah seorang daripada empat petarung negara yang terpilih beraksi dalam Byon Combat 5. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram