Tak sabar jual Onana, Man United tunggu masa 'sign' pemenang Piala Dunia


  • Podium
  • Selasa, 01 Jul 2025

Masa depan Onana bersama Man United masih belum terjamin. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan akan mempergiat usaha mendapatkan penjaga gol Aston Villa iaitu Emiliano Martinez namun hanya selepas berjaya menjual Andre Onana. 

Bekas pencari bakat kelab, Brown yang berpengalaman luas dalam pengambilan pemain untuk kelab-kelab ternama seperti Tottenham, Aston Villa dan West Ham mendedahkan bahawa United sedang merancang untuk menggunakan jaringan hubungan mereka dengan ejen pemain itu, Jorge Mendes. 

"Manchester United sudah nyatakan dengan jelas bahawa mereka mahu mendapatkan Martinez,” kata Brown memetik laporan Football Insider.

BACA LAGI: Liverpool tak minat, Man United lega ada kelebihan ikat Viktor Gyokeres

BACA LAGI: [VIDEO] Onana pulang ke tempat asal, pamer bakat lebih baik dari jaga gawang Man United

Tambahnya lagi, United bersedia menerima sebarang tawaran yang munasabah untuk Onana demi mempercepatkan rundingan bagi mendapatkan penjaga gol kebangsaan Argentina itu.

"Martinez dilihat sebagai peningkatan besar berbanding Onana, jadi mereka sanggup berkorban untuk mulakan proses. Jika mereka boleh menukar Onana dengan Martinez esok, mereka pasti akan lakukannya,” ujarnya. 

Walaupun pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu kini berusia awal 30-an, kelab di bawah kendalian Ruben Amorim itu tidak melihat faktor usia sebagai halangan, sebaliknya yakin dengan kemampuan teknikal dan pengalaman pemain tersebut.

Penjaga gol Aston Villa iaitu Emiliano Martinez.

Bagaimanapun, situasi semasa memaksa United untuk terlebih dahulu melepaskan Onana sebelum melangkah ke fasa rundingan seterusnya.

United perlu melepaskan bekas penjaga gol Inter Milan berkenaan bagi mengelakkan dua penjaga gol utama berada dalam senarai gaji secara serentak.

"Buat masa ini, ia hanya perancangan. Mereka sedang menunggu tawaran untuk Onana supaya boleh mempercepatkan proses dengan Villa," jelas Brown lagi. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram