
DESAS-DESUS mengenai masa depan Aidil Sharin Sahak bersama Kuching City FC semakin hangat diperkatakan selepas jurulatih dikaitkan sebagai calon utama bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura.
Spekulasi tersebut mula tercetus apabila pemerhati sukan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik satu hantaran di laman X miliknya pada Rabu.
"Lions Calling", merujuk kepada pasukan kebangsaan Singapura yang dikenali dengan jolokan The Lions.
BACA LAGI : Baqiuddin Shamsudin sah sarung jersi TFC, alangkah baiknya sepupu dari Sri Pahang ikut sama
BACA LAGI : Masih ada kekosongan, 3 lagi bintang import termasuk Park Tae-su boleh jadi sasaran Kuching City
Pengendali berusia 47 tahun itu disebut-sebut bakal menggantikan Tsutomu Ogura yang mengumumkan pengunduran diri baru-baru ini, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan Aidil kembali membimbing skuad negara kelahirannya selepas kali terakhir memimpin Home United pada 2018.
Aidil yang kini mengemudi Kuching City dalam saingan Liga Super Malaysia, sebelum ini pernah mencipta nama di peringkat serantau apabila membawa Kedah Darul Aman FC (KDAFC) menjuarai Piala FA 2019 serta muncul naib juara Piala Malaysia tahun sama.
Fandi Ahmad antara tiga nama yang disebut bakal menggantikan tempatnya di bangku kejurulatihan Kuching City FC sekiranya Aidil Shahrin meninggalkan skuad The Cats.
Terdahulu, media Singapura melaporkan Aidil Sharin sudah menyatakan keterbukaannya untuk kembali menyumbang kepada bola sepak tempatan.
"Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi negara, tetapi buat masa ini saya terikat dengan Kuching City FC. Jika benar Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berminat, mereka perlu mendekati saya terlebih dahulu," tambahnya.
Setakat ini, pihak FAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun perkembangan ini pasti menarik perhatian penyokong kedua-dua negara.
Jika pelantikan itu menjadi kenyataan, ia bukan sahaja bakal menyaksikan perpisahan antara dia dan skuad The Cats, malah turut membuka tumpuan kepada siapa yang bakal menggantikan tempatnya di bangku kejurulatihan Kuching City FC.
Tiga nama besar dalam arena kejurulatihan tempatan telah disebut sebagai calon berpotensi, iaitu legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, bekas pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, serta bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang kini tidak bersama mana-mana pasukan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Setakat ini, pihak pengurusan Kuching City belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai spekulasi ini.
Namun, jika benar Aidil Sharin akan kembali ke tanah kelahirannya untuk memimpin skuad The Lions, persediaan awal perlu dilakukan agar transisi kejurulatihan kelab tidak mengganggu momentum pasukan dalam baki saingan Liga Super Malaysia musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram