Masih ada kekosongan, 3 lagi bintang import termasuk Park Tae-su boleh jadi sasaran Kuching City


  • Podium
  • Ahad, 22 Jun 2025

(Dari kiri ) Moses Atede dan Yuki Tanigawa antara pemain import yang masih kekal bersama skuad The Cats pada musim depan. — Facebook/Kuching City FC

KUCHING City FC terus mengukir identiti sebagai pasukan underdog yang tidak mudah mengalah dalam kancah Liga Super Malaysia. 

Walaupun berdepan kekangan dari segi sumber dan pengalaman berbanding kelab-kelab elit lain, skuad The Cats kekal kompetitif dan berjaya memberikan cabaran kepada beberapa pasukan gergasi musim lalu.

Namun begitu, untuk melangkah lebih jauh dan menempatkan diri dalam kelompok pertengahan atau atas liga, penambahbaikan perlu dilakukan khususnya dalam aspek kestabilan pertahanan, ketajaman serangan, dan keberkesanan taktikal. 

Kelebihan masih berbaki beberapa kekosongan untuk slot import memberi ruang buat Kuching City memperkukuh pasukan dengan pemain luar yang berkualiti tinggi dan berpengalaman luas dalam saingan domestik.

BACA LAGI : Lepas kiper JDT, ada 3 lagi bintang boleh jadi sasaran Kuching City termasuk penyerang Sabah

BACA LAGI : Kombinasi import-lokal, Sabah FC mula tunjuk taring perkenal muka baharu

Tatkala jendela perpindahan semakin hampir, beberapa nama besar mula dikaitkan sebagai sasaran Kuching City.  

1. Park Tae-su (Sabah FC)

Park Tae-su merupakan antara pertahanan paling konsisten dalam Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu. 

Park Tae-su cukup terkenal dengan kecekapan membaca permainan, kekuatan fizikal serta kepimpinan di atas padang. 

Malah, pemain berasal dari Korea Selatan ini juga merupakan antara pertahanan paling konsisten dalam Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu. 

Selain itu, karakternya yang tenang dan berpengaruh dalam bilik persalinan menjadikannya aset berguna buat mana-mana pasukan yang sedang mencari pemimpin di atas padang.

Pada masa sama, kelebihan Tae-su yang boleh berbahasa Melayu boleh memberikan kelebihan pada skuad The Cats dan tidak timbul sebarang isu komunikasi atas padang.

Dalam pada itu, Kuching City yang beberapa kali dibolosi dalam detik-detik kritikal perlawanan, jelas memerlukan sosok pertahanan sepertinya, jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Tae-su boleh menjadi elemen utama untuk membina semula kekuatan benteng skuad The Cats.

2. Jordi Amat (JDT)

Jordi Amat juga memainkan peranan penting dalam kejayaan JDT mendominasi Liga Super sepanjang hampir tiga musim. 

Jordi Amat merupakan pemain bertaraf antarabangsa yang membawa bersama pengalaman luas dari pentas Eropah, termasuk La Liga Sepanyol dan Liga Perdana Inggeris. 

Sebagai pemain naturalisasi skuad kebangsaan Indonesia, Jordi Amat juga memainkan peranan penting dalam kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Liga Super sepanjang hampir tiga musim. 

Kemampuannya membaca permainan, membuat hantaran jauh yang tepat, serta menjadi penggerak taktikal dari garisan pertahanan menjadikannya calon ideal untuk mengemudi benteng pasukan yang memerlukan kestabilan dan kepimpinan teknikal.

Bagi Kuching City FC, kehadiran pemain seperti Jordi Amat bukan sekadar menambah kekuatan fizikal dan taktikal di bahagian pertahanan, malah boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan keseluruhan struktur pasukan  daripada disiplin permainan hingga pembangunan pemain muda.

Sekiranya dapat digandingkan dengan James Okwuosa, benteng pertahanan skuad The Cats yang sudah cukup kukuh akan semakin sukar dibolosi, sekali gus membolehkannya kelab tersebut mendaki carta Liga Super lebih tinggi musim depan. 

3. Ivan Mamut (Terengganu FC)

Ivan Mamut  dikenali dengan ketajaman penyudah, kekuatan fizikal serta kebolehan mencipta ruang dan peluang dalam situasi genting. 

Sementara itu, bagi memperkemaskan jentera serangan, nama Ivan Mamut dari Terengganu FC disebut sebagai sasaran ideal. 

Penyerang tinggi lampai kelahiran Croatia itu dikenali dengan ketajaman penyudah, kekuatan fizikal serta kebolehan mencipta ruang dan peluang dalam situasi genting menjadikannya antara penyerang import paling menyerlah di Liga Malaysia sejak kebelakangan ini.

Bersama Terengganu, pemain berusia 28 tahun itu sering menjadi pilihan utama di bahagian serangan, bukan sahaja kerana kemampuan menjaringkan gol, tetapi juga kerana kerajinannya turun membantu rakan sepasukan dan keupayaan untuk menahan bola di zon serangan. 

Bagi Kuching City FC yang masih mencari formula terbaik di bahagian serangan, kehadiran Mamut dijangka memberikan keseimbangan dan dimensi baharu, lebih-lebih lagi selepas pemergian Tchetche Kipre ke Penang FC.

Mamut bukan sahaja sekadar penyerang yang menunggu peluang, tetapi seorang yang mampu mencipta detik sendiri dan memikul tanggungjawab sebagai penjaring utama. Jika disokong dengan sistem permainan yang sesuai, Mamut berpotensi menjadi 'game-changer' buat skuad The Cats musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram