
PEMAIN golf wanita negara, Mirabel Ting mensasarkan untuk memecahkan siling prestasinya selepas melihat dirinya terlepas peluang beraksi di Jelajah LPGA.
Mirabel yang mempertahankan gelaran Piala Cabaran TSM bagi kategori wanita selepas memenanginya pada tahun lalu untuk meraih kejuaraan keenam dalam kariernya.
Bercakap kepada media di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) pada Khamis, Mirabel mengatakan dia cuma dibezakan dengan 10 mata daripada paras dibenarkan untuk menyertai jelajah berprestij itu.
BACA LAGI: SUKMA 2026 pentas terakhir Anson Yeo sebelum bergelar pemain golf profesional
Mirabel (kiri) bersama Anson Yeo (kanan) sebagai juara Piala Cabaran TSM edisi 2025.
Walaupun musim ini boleh dikatakan baik untuknya, namun Mirabel perlu meningkatkan lagi persembahannya supaya dapat menyertai jelajah itu.
"Saya sebenarnya lagi 10 mata saja untuk dapatkan tiket ke jelajah itu, tapi untuk memperolehnya sekarang sudah mustahil untuk saya.
"Saya perlukan prestasi seperti tahun ini atau lebih baik pada tahun depan untuk dapatkan lebih banyak mata sehingga akhir tahun," katanya Mirabel.
Jelajah LPGA merupakan kejohahan golf berprestij bagi pemain wanita dengan wakil dari seluruh dunia menyertainya.
Mirabel yang sebelum ini berlatih di Amerika Syarikat selama enam bulan, akan terbang ke Perancis untuk beraksi di salah sebuah kejohanan di sana.
Akan tetapi, impiannya adalah ingn mewakili negara dalam Kejohanan Golf Berpasukan Amatur Dunia yang diadakan di Singapura pada Oktober.
"Dalam masa tiga minggu, saya akan terbang ke Perancis untuk menyertai sebuah kejohanan. Ia adalah salah satu daripada kejohanan lain yang saya akan sertai.
"Jika saya dapat mewakili negara, saya teringin untuk melakukannya. Namun begitu, kita tak boleh nak jangka apa akan jadi. Tapi jika memang ada peluang untuk mewakili negara, semestinya saya mahu bermain," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram