Lepas Jon Irazabal, dengarnya JDT bakal sambar musuh Real Madrid


  • Podium
  • Isnin, 23 Jun 2025

Castaneda ketika membantu bekas pasukannya, Sheriff Tiraspol menewaskan Real Madrid 2-1.  — Instagram/Frank Castaneda

BEK tengah warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal sah menyertai juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi memperkuatkan jentera pertahanan skuad Harimau Selatan. 

Irazabal menjadi pemain terbaharu akan memperkuatkan JDT bagi menghadapi musim 2025-2026 selepas kelab itu sebelum ini mengumumkan ketibaan Ibrahim Manusi, Jairo Da Silva dan Antonio Glauder.

"Hanya ada satu destinasi terbaik di Malaysia, Johor Darul Ta'zim. Selamat datang, Jon Irazabal," tulis kelab itu pada video pengumuman ketibaan pemain berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab pada Isnin. 

BACA LAGI: Dapat sokongan TMJ lepas 'kisah gelap' antara 3 momen penting Farizal Marlias bersama JDT

BACA LAGI: Isu tunggakan gaji dan bonus, bintang buangan JDT saman bekas kelab lebih RM100,000

Irazabal membuat penampilan sulung bersama Harimau Malaya ketika membantu skuad negara membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun lalu.

Keterujaan penyokong JDT tidak berhenti dengan ketibaan Irazabal susulan khabar angin mendakwa skuad Harimau Selatan akan membawa masuk khidmat penyerang sayap dari Colombia iaitu, Frank Castaneda. 

Walaupun ia hanya omong kosong dalam kalangan penyokong, ramai menduga ia akan menjadi kenyataan susulan pemain berusia 30 tahun berkenaan sudah mengikuti Harimau Selatan pada laman Instagramnya. 

Nama Castaneda bukan asing bagi pengikut bola sepak Eropah, khususnya setelah aksi gemilangnya bersama kelab FC Sheriff Tiraspol menewaskan Real Madrid 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada kempen 2021. 

Dalam perlawanan bersejarah itu, Castaneda menjadi antara watak penting terutama untuk jentera serangan bahagian kiri dalam serangan balas yang menyaksikan Sheriff menang 2-1 di Santiago Bernabeu. 

Tangkap layar Instagram Castaneda.

Jika perpindahan berkenaan menjadi kenyataan, ia pasti membawa impak besar kepada skuad JDT yang sememangnya dikenali dengan reputasi tinggi serta visi untuk bersaing lebih serius di pentas Asia. 

Selain itu, pengalaman pemain berkenaan beraksi di peringkat tertinggi Eropah seperti UCL akan menjadi aset penting dalam membantu meningkatkan mutu permainan rakan sepasukan muda di Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram