Man United mungkin kena 'sailang', Osimhen kini dalam radar Liverpool tukar dengan duo 'flop'


  • Podium
  • Rabu, 18 Jun 2025

Osimhen mencatatkan prestasi cemerlang dengan 37 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 41 penampilan bersama Galatasaray. — Agensi 

LIVERPOOL kini menjadi kelab terbaru menyertai perlumbaan mendapatkan penyerang Napoli, Victor Osimhen dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan sedang berbincang mengenai perjanjian pertukaran pemain dengan The Reds. 

Walaupun berjaya menjuarai EPL musim lalu, Liverpool tidak berdiam diri dan terus aktif dalam jendela perpindahan musim panas apabila pengurus Arne Slot membawa masuk bek kanan antarabangsa Belanda iaitu Jeremie Frimpong ke dalam skuadnya. 

Selain itu, rekod perpindahan kelab sudah dipecahkan untuk mendapatkan pemain tengah menyerang Jerman, Florian Wirtz. Pemain bek kiri antarabangsa Hungary, Milos Kerkez juga dijangka menyertai Anfield dari Bournemouth tidak lama lagi.

BACA LAGI: Cecah RM362 juta, Garnacho dilepaskan Man United bakal pilih reunion bersama ETH atau sertai Chelsea

BACA LAGI: Pernah bersama wonderkid Man United dan Arsenal, Joao Figuerdo mampu buat Harimau Malaya mengaum

Bukan itu sahaja, Liverpool turut berhasrat mendapatkan seorang penyerang baharu musim ini apabila dilaporkan The Reds telah membuat usaha untuk mendapatkan Osimhen selepas dia kembali ke Napoli usai tempoh pinjaman bersama Galatasaray musim lalu.

Osimhen mencatatkan prestasi cemerlang dengan 37 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 41 penampilan musim lalu, membantu pasukan bimbingan Okan Buruk memenangi Liga Super Turki dan Piala Turki.

Bagaimanapun, usaha Liverpool untuk mendapatkan Osimhen tidak mudah berikutan penyerang berusia 26 tahun itu turut menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Real Madrid. 

Sumber yang sama memberitahu TEAMtalk bahawa skuad The Reds kini menjadi kelab kesembilan yang terlibat dalam persaingan mendapatkan Osimhen. 

Skuad Ruben Amorim juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Osimhen. — Agensi

Menariknya, Liverpool dikatakan terbuka untuk menukar dua pemain mereka iaitu Darwin Nunez dan Federico Chiesa dengan Napoli dalam usaha untuk mendapatkan pemain antarabangsa Nigeria tersebut. 

Liverpool mahu melepaskan Nunez selepas prestasi penyerang antarabangsa Uruguay yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan awal sebanyak £64 juta (RM364.8 juta) pada musim panas 2022 itu kian merosot.  

Manakala pemain sayap antarabangsa Itali, Chiesa pula dilaporkan bergelut dengan kecederaan sejak perpindahan bernilai £10 juta (RM57.8 juta) dari Juventus pada jendela perpindahan musim lalu. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram