
JUARA Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskan 11 pemain mereka yang merangkumi tujuh pemain import dan empat pemain tempatan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) 2025/2025.
Di antara pemain yang meninggalkan JDT, terdapat dua penjaga gol senior dan berpengalaman iaitu Farizal Marlias dan Izham Tarmizi. Selain itu, Safiq Rahim iaitu tonggak tengah yang sudah berkhidmat bersama JDT sejak tahun 2013 turut meninggalkan pasukan.
Selain itu, tujuh pemain import turut mengakhiri penglibatan mereka bersama JDT termasuk Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murillo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa, dan Anselmo de Moraes.
Seorang lagi pemain yang turut pergi adalah Ramadhan Saifullah, yang baru-baru ini telah melengkapkan perpindahan tetap ke Kuching City dan menjadikannya pemain ke-11 meninggalkan skuad Harimau Selatan.
Selain 11 pemain berkenaan, ada juga beberapa tonggak Harimau Selatan berada dalam senarai sasaran kelab lain dan antara yang terbaharu ialah Endrick Dos Santos difahamkan menarik minat DPMM FC.
Berdasarkan gosip-gosip perpindahan di media sosial, kelab dari Brunei itu cuba mendapatkan khidmat pemain naturalisasi Harimau Malaya itu bagi memperkuatkan bahagian tengah mereka dalam saingan Liga Super 2025/2036.
Endrick yang menyertai Harimau Selatan pada awal kempen 2023 banyak menghabiskan masa di luar negara dengan dia beraksi bersama Ho Chi Minh City dekat Vietnam secara pinjaman untuk musim 2024/2025.
Bersama kelab itu, pemain tengah kelahian Brazil itu merekodkan 23 penampilan sambil menyumbang dua gol dan lima bantuan gol selain menjadi watak penting pasukan dengan membantu Ho Chi Minh menghuni kedudukan ke-10 liga.
Fuhh, lain macam ya gol Endrick ni kat Vietnam. Dah macam Son Heung-min aku tengok
Kredit: Etminan Brazil pic.twitter.com/p0Di0VRbTX
— Zikry Marzuki (@Zik_Majoriti) January 19, 2025
Tidak dinafikan Endrick masih mampu memberikan persembahan berkualiti, namun dia harus waspada dengan ketibaan pemain baharu seperti Ibrahim Manusi supaya namanya tidak sekali tersisih daripada skuad JDT.
Jika Endrick risau tidak mendapat minit permainan yang mencukupi dan akhirnya sukar mendapat panggilan skuad kebangsaan, DPMM FC mungkin tempat sesuai untuk dia terus menyerlah dalam saingan Liga Super.
Jika perpindahan Endrick menjadi kenyataan, dia akan menyertai dua lagi pemain Malaysia yang juga bekas pertahanan Penang FC iaitu Fairuz Zakaria dan Sergio Aguero yang sah menyertai kelab berkenaan lebih awal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram