Tiga lagi pasukan termasuk KDA, wakil Perlis sertai Liga A1, jadikan 16 kelab bertanding


  • Podium
  • Isnin, 16 Jun 2025

Sang Kenari sah beraksi dalam saingan Liga A1 selepas berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh AFL. — Facebook/KDAFC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi FC (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix dari Korea Selatan kini disahkan menyertai saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini mengumumkan bahawa ketiga-tiga pasukan tersebut diberikan kelulusan bersyarat dan diberi tempoh untuk melengkapkan dokumentasi yang diperlukan.

Kini, ketiga-tiga kelab itu berjaya memenuhi syarat tersebut dan layak beraksi dalam liga divisyen kedua tanah air.

BACA LAGI: 'Dulu disayang kini dibenci', 3 bintang termasuk Ibrahim Manusi dan ex Sang Kenari sertai musuh tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Mula-mula sekadar ‘baby sitter’, pengorbanan bapa latih anak main pingpong sejak PKP mulai tuai hasil

KDA FC antara 16 pasukan yang disahkan penyertaan dalam Liga A1 Semi Pro musim depan. Facebook/AFL

“Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix (Korea Selatan) kini telah disahkan penyertaaan mereka di Liga A1 Semi Pro 2025-2026,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Yusoff berkata, AFL juga telah mengesahkan penyertaan UM-Damansara United yang sebelum ini diletakkan dalam senarai menunggu bersama Ipoh City FC.

“Setelah melalui proses semakan dokumen dan kriteria ditetapkan sama seperti pasukan-pasukan yang lain, UM-Damansara United juga turut disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 16 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2025-2026.

“Bagi Ipoh City FC pula, pasukan berkenaan telah mengambil keputusan untuk menarik diri menyertai saingan,” ujarnya.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL yang diadakan pada 5 Jun 2025 lalu telah memaklumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim 2025/2026.

Pasukan-pasukan berkenaan adalah Armed Forces FC, Manjung City FC, Imigresen FC II, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kelantan WTS FC dan Kedah FA.

Turut sama Machan FC, Kelantan Red Warriors FC, Bunga Raya FC, Malaysian University dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram