JDT lepaskan 11 bintang termasuk Jordi Amat-Farizal Marlias, sentuhan Safiq Rahim ditagih jadi pembantu jurulatih


  • Podium
  • Selasa, 17 Jun 2025

Safiq Rahim antara 11 pemain yang dilepaskan oleh JDT menjelang musim baharu. — Facebook/JST

KELAB gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan seramai 11 orang pemain menjelang musim 2025/26.

Berita mengejutkan itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial yang didahului ucapan terima kasih serta selamat maju jaya buat kesemua 11 pemain yang dilepaskan kali ini.

"Antara pemain tersebut adalah dua orang penjaga gol senior dan berpengalaman, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi selain tonggak tengah, Safiq Rahim yang sudah bersama JDT sejak 2013," kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Contohi Arif Aiman, pemain lokal kena berani cabar diri bersaing dengan pemain import dan warisan — Legenda Selangor-TRW

BACA LAGI: 'Dulu disayang kini dibenci', 3 bintang termasuk Ibrahim Manusi dan ex Sang Kenari sertai musuh tradisi

Susulan pengumuman tersebut, ramai penyokong Harimau Selatan menyuarakan pandangan mereka mahu Safiq Rahim kekal bersama JDT dengan menyertai staf kejurulatihan.

Sementara itu, tujuh lagi pemain import iaitu Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murillo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes turut menamatkan perjalanan mereka bersama JDT.

Seorang lagi pemain adalah Ramadhan Saifullah yang sudah pun melengkapkan perpindahan secara tetap ke Kuching City FC baru-baru ini sekali gus menjadi pemain ke-11 yang meninggalkan skuad Harimau Selatan.

JDT ketika ini sudah pun memulakan sesi latihan pertama pasukan menjelang musim baharu dengan tiga pemain baharu iaitu Antonio Glauder, Jairo Da Silva dan Ibrahim Manusi turut kelihatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram