
IMPIAN penyokong Liverpool untuk melihat pemain tengah sensasi Jerman, Florian Wirtz menyarung jersi The Reds kini semakin hampir menjadi kenyataan.
Perkembangan positif itu dilaporkan oleh pemerhati sukan terkenal, Fabrizio Romano, yang mendedahkan bahawa perpindahan bintang Bayer Leverkusen itu ke Anfield kini berada di fasa akhir.
Menurut Romano, Wirtz dijangka menamatkan cutinya hujung minggu ini dan telah dijadualkan menjalani ujian perubatan pada Jumaat.
BACA LAGI: 'Dulu disayang kini dibenci', 3 bintang termasuk Ibrahim Manusi dan ex Sang Kenari sertai musuh tradisi
Menariknya, skuad kendalian Arne Slot kini hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman rasmi mengenai kehadiran pemain muda paling bernilai di Eropah itu.
“Pelan perpindahan Florian Wirtz kini disahkan berjalan lancar. Perjanjian antara semua pihak terlibat telah dimuktamadkan dan dimeterai sejak Selasa lalu.
“Segala persiapan hampir lengkap, dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat,” kata Romano.
Sebelum ini, Wirtz telah memberikan bayangan jelas mengenai perpindahan ke Liverpool ketika bersama skuad kebangsaan Jerman.
Apabila ditanya oleh seorang wartawan sebelum ini, “Teruja dengan Liverpool, Florian?”, pemain berusia 22 tahun itu sekadar menangguk sambil tersenyum isyarat yang cukup untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong The Reds.
Malah, dalam beberapa laporan terdahulu, pemain berkenaan sudah menjadi milik juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pelaburan mencecah £116 juga (RM668 juta) dibuat bagi mendapat khidmatnya.
Ini sekali gus menyaksikan Wirtz menjadi antara pemain termahal dalam sejarah bola sepak dengan impaknya dalam pasukan pasti menarik untuk disaksikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram