
PEMAIN baharu Penang FC, Stefano Brundo bersedia untuk berjuang habis-habisan demi Harimau Kumbang selepas meninggalkan Sri Pahang FC.
Brundo mengatakan yang dirinya sanggup berjuang seperti seorang askar di medan perang untuk membolehkan Penang mempunyai musim baik terutamanya dalam saingan Liga Super.
Katanya, dia bersedia untuk berkhidmat di mana saja posisi pemain itu akan diletakkan oleh jurulatih Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail.
BACA LAGI: 'Masa untuk bangkit', pemain tempatan perlu bersedia ke luar negara demi karier
"Saya di sini untuk berkhidmat. Tidak kira sebagai pertahanan tengah atau pemain tengah, saya akan lakukan apa saja yang jurulatih mahukan. Saya ibarat seorang askar.
"Wan Rohaimi saya mudah didekati dan baik. Saya kagum dengan etikanya dan intensity (semasa latihan). Dia sentiasa harapkan yang terbaik daripada setiap pemain dan itu saya amat kagum," kata Brundo.
Dalam pada itu, pemain berusia 32 tahun itu dari Argentina mengakui yang dia tertarik dengan projek dirancang oleh Penang untuk musim depan.
Dengan Penang bercadang untuk tampil garang musim depan, Brundo berharap dapat menjadi watak penting dalam misim tersebut.
"Saya tertarik dengan projek mereka. Kelab mensasarkan untuk mencapai sesuatu yang besar musim ini.
"Beberapa tahun lalu tidak begitu baik, namun musim ini terasa berbeza. Terdapat angan-angan untuk bangkit semula dan mencapai keputusan baik dalam Liga Super dan pertandingan piala.
Musim lalu, Penang menamatkan musim penuh mengecewakan di tempat ke-10 dengan 26 mata. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram