
MALAYSIA mencipta kejutan dalam dunia sukan daman (darts) apabila berjaya menumpaskan salah satu daripada kuasa besarnya.
Beraksi di Piala Dunia bagi sukan tersebut, Malaysia yang diwakili oleh gandingan Tengku Syah dan Tan Jenn Ming berjaya menewaskan Kanada dalam aksi kumpulan F.
Sebagai rekod, Kanada merupakan pasukan pilihan ke-10 untuk memenangi kejohanan tersebut.
BACA LAGI: Malaysia berpotensi jadi saksi Indonesia ke Piala Dunia, Bukit Jalil dijangka terpilih
BACA LAGI: 'Revolusi Harimau Malaya, sasaran jadi muka tetap Piala Asia kini realistik'
Dalam perlawanan tersebut, Tengku Syah dan Jenn Ming mencipta sensasi apabila berjaya menang 4-1 dalam pertandingan yang menggunakan format first to four itu.
Tengku Syah yang berasal dari Pulau Pinang sementara Jenn Ming merupakan bintang kelahiran Kuala Lumpur itu menjadi wakil negara pertama meraih kemenangan dalam aksi Piala Dunia Damak itu.
Piala Dunia Damak 2025 diadakan di Frankfurt, Jerman dengan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Denmark dan Kanada sebagai pasukan pilihan.
Malaysia perlu menang ke atas Denmark pada perlawanan pada Jumaat untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya dapat diraih.
Hanya 12 juara peringkat kumpulan akan mara ke pusingan 16 terbaik dengan empat pasukan terbaik iaitu England, Wales, Scotland dan Ireland Utara sudah menanti.
Antara negara-negara Asia lain yang menyertai kejohanan itu adalah Singapura, Jepun dan Hong Kong, China. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram