Dua kelab Singapura buka jawatan kosong bergaji RM16,500, bintang Kedah-Perak mungkin boleh cuba nasib


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jun 2025

Pemain Kedah dan Perak wajar mencuba menyertai kelab Singapura yang secara terbuka sedang mencari pemain.

DUA kelab Liga Perdana Singapura (SPL) iaitu Hougang United dan Tanjong Pagar United secara terbuka mengiklankan pencarian pemain untuk musim baharu.

Diiklankan secara dalam talian, kedua-dua kelab itu mahu mendapatkan pemain baharu dengan tawaran gaji sekitar SGD5,000 (RM16,500) bagi sesiapa yang berminat.

Dalam iklan tersebut, kedua-dua kelab menetapkan syarat pemain yang berminat haruslah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun beraksi dalam liga profesional.

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia cipta sejarah di Piala Dunia, mudah jinakkan Kanada

BACA LAGI: Malaysia berpotensi jadi saksi Indonesia ke Piala Dunia, Bukit Jalil dijangka terpilih

Ia mendorong seorang penyokong bola sepak tempatan, Che Wan untuk mengajak para pemain terutamanya daripada Kedah Darul Aman FC dan Perak FC untuk mencuba.

"Pemain bola kita kalau berminat nak main di luar, boleh juga main di SPL dulu. Cuma kena mohon secara online.

"Bagi pautan video YouTube sekali, baru jurulatih boleh nilai prestasi permainan terus," katanya.

Di kala dunia bola sepak sering bergerak menerusi perpindahan pemain, lain ceritanya di Singapura yang memerlukan kelab-kelab mengiklankan pencarian pemain baharu.

Setiap kelab yang ingin mendapatkan pemain baharu terutamanya dari luar wajib mengiklankan pencarian tersebut bagi mengikuti peraturan ditetapkan oleh Kementerian Tenaga Manusia Singapura.

Mungkin gaji yang ditawarkan mungkin tidak begitu mewah di Singapura, namun peluang untuk menempuh satu cabaran baharu di negara orang boleh menambat hati pemain tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram