Aguero, tonggak Sabah-Penang antara pemain 'nakal' paling banyak dilayangkan kad kuning


  • Podium
  • Isnin, 16 Jun 2025

Dari kiri: Aguero, Ting dan Adib antara budak 'nakal' Liga Super

DALAM setiap perlawanan, pasti akan ada pemain yang menerima layangan kad kuning oleh pengadil perlawanan akibat tindakan mereka yang tidak berdisiplin.

Kutipan kad kuning yang banyak selalunya akan mendorong kepada satu-satu pemain itu digantung kerana kelakuannya di padang.

Dalam Liga Super, terdapat beberapa pemain yang sering memasuki buku nota pengadil kerana kerap mendapatkan kad kuning.

BACA LAGI: Baiki kedudukan liga, tajamkan semula Luqman Hakim antara tugas penting Nidzam Jamil di NSFC

BACA LAGI: Dua kelab Singapura buka jawatan kosong bergaji RM16,500, bintang Kedah-Perak mungkin boleh cuba nasib

Sergio Aguero

Kelakuan kurang berdisiplin itu bukannya dalam dilihat menerusi pemain pertahanan semata-mata, sebaliknya penyerang juga boleh bertindak sedemikian.

Itulah yang terjadi kepada pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero yang sering mendapat kad kuning semasa musimnya bersama-sama Tok Gajah.

Aguero meraih kad kuning yang banyak untuk seorang penyerang.

Pemain yang dikatakan akan ke Liga Thailand itu musim lalu meraih tujuh kad kuning sepanjang musim dalam Liga Super tanpa meraih kad merah.

Namun begitu, Aguero diingati kerana meraih kad merah selepas memperoleh kad kuning kedua dalam aksi akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Daniel Ting

Selain Aguero, pemain Sabah FC, Daniel Ting turut memperoleh rekod disiplin yang menarik perhatian musim ini.

Pertahanan Sabah berusia 33 tahun itu mendapat enam kad kuning daripada 21 perlawanan Liga Super yang diharunginya musim ini.

Daniel Ting akan kembali semula ke JDT musim depan.

Sebagai perbandingan, rekod Ting lebih baik berbanding Aguero kerana penyerang itu memperoleh tujuh kad kuning dalam 18 aksi liga.

Dilaporkan kembali semula ke JDT selepas tamat tempohnya bersama Sabah, masa depan Ting masih lagi menjadi tanda tanya musim depan.

Adib Ra'op

Seorang lagi nama yang sering memasuki buku nota pengadil kerana mendapat kad kuning adalah bintang Penang FC, Adib Ra'op.

Pemain Harimau Malaya itu turut mempunyai jumlah kad kuning yang serupa dengan Ting iaitu enam. Namun, Adib memperoleh semua itu dalam tempoh 22 perlawanan.

Adib (kanan) sering mendapatkan kad kuning ketika beraksi untuk Penang.

Seperti Aguero dan Ting, Adib juga tidak meraih kad merah sepanjang musim ketika beraksi dalam Liga Super. Jika ada, Adib meraihnya ketika bersaing dalam Piala Malaysia untuk Harimau Kumbang.

Rekod-rekod seperti ini mungkin kelihatan kecil namun ia penting untuk melihat penilaian jurulatih terhadap disiplin seseorang pemain ketika beraksi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram