
KEDAH Darul Aman FC dijangka akan terus menggegarkan bola sepak domestik dengan mereka bakal beraksi dalam Liga A1 musim depan.
Memetik laporan pemerhati bola sepak tempatan, Fadhirul Shuhaimi, Kedah dikatakan sudah melengkapkan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL).
Sebelum ini, Kedah cuma diberikan kebenaran bersyarat oleh AFL untuk bertanding dalam Liga A1.
BACA LAGI: Ada risiko 3 kelab termasuk Kedah FA kongsi Stadium Darul Aman, lagi-lagi faktor padang
Sang Kenari akan terus beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.
Pengurusan Kedah dijangka akan melakukan pengumuman dalam masa terdekat mengenai penyertaan mereka dalam saingan Liga A1 musim depan.
Dalam pada itu, saingan Liga A1 akan menyaksikan dua pasukan dari Kedah mengambil bahagian dengan Sang Kenari serta Kedah FA turut menghantar penyertaan.
Kedah FA yang dikenali sebagai Lang Merah menjadi satu daripada dua pasukan ditunjangi oleh persatuan bola sepak negeri beraksi di Liga A1 musim depan.
Satu lagi pasukan adalah Perak FA yang bakal membariskan pemain-pemain muda sebagai persediaan menjelang Sukan Malaysia 2026 di Selangor.
Dengan Sang Kenari sudah pun mendapatkan pengesahan beraksi di Liga A1, status untuk Lang Merah masih menjadi tanda tanya untuk musim depan. Berkemungkinan, Lang Merah turut akan melakukan pengumuman menjelang permulaan Liga A1 kelak.
Penyertaan Sang Kenari dan Lang Merah pastinya akan menarik perhatian dengan kedua-dua kelab dijangka akan menggunakan Stadium Darul Aman, Alor Setar sebagai gelanggang utama.
Dengan Imigresen FC dilaporkan akan menggunakan stadium sama, pastinya perlu ada jalan penyelesaian dilakukan sebelum musim bermula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram