[VIDEO] Mula-mula sekadar ‘baby sitter’, pengorbanan bapa latih anak main pingpong sejak PKP mulai tuai hasil


  • Podium
  • Sabtu, 14 Jun 2025

Suhaidin mula mendedahkan anak-anaknya kepada sukan pingpong sejak dari usia muda. — Facebook/Suhaidinazhar

DULU sekadar isi masa lapang, kini jadi kisah kejayaan. Itulah yang dilalui oleh Suhaidin Azhar, seorang bapa yang berkongsi kisah inspirasi mengenai anaknya yang kini menunjukkan bakat luar biasa dalam sukan pingpong.

Menurut perkongsian Suhaidin di laman Facebook miliknya, perjalanan tersebut bermula seawal Disember 2015 apabila beliau hanya berniat untuk menjadi ‘baby sitter’ kepada anak-anaknya.

Dalam masa yang sama, beliau mula memperkenalkan sukan pingpong kepada mereka sebagai aktiviti santai keluarga.

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia boleh ikut cara Uzbek jika layak ke Piala Asia

BACA LAGI: [VIDEO] 'Perpisahan terjadi jua', Safuwan Baharudin-Amri Yahyah antara 4 legenda 'angkat kaki' tanpa kerelaan fans Gergasi Merah

Suhaidin Azhar (kanan) bersama anaknya. — Facebook/Suhaidinazhar

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2019, Suhaidin tidak melepaskan peluang meneruskan aktiviti bermain pingpong bersama anak-anaknya di rumah. Beliau malah mencipta suasana yang kondusif untuk melatih mereka secara santai tetapi konsisten.

Apa yang mengejutkan, pada 2020, salah seorang anaknya mula menunjukkan kemahiran luar biasa mampu bermain dengan baik walaupun masih di usia kanak-kanak.

Dalam tempoh itu, anak-anaknya menunjukkan peningkatan yang ketara, termasuk kebolehan menahan dan membalas setiap pukulan dengan baik.

Pengorbanan dan kesabaran Suhaidin ternyata membuahkan hasil. Pada 2025, anaknya kini beraksi seperti pemain dewasa, mempersembahkan skil permainan yang mantap dan berdaya saing.

Kisah itu membuktikan bahawa minat, bimbingan konsisten dan sokongan ibu bapa mampu membentuk bakat sukan sejak dari rumah.

Ia juga menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain bahawa tidak perlu tunggu ke gelanggang profesional untuk memulakan langkah, cukup dengan meja kecil dan semangat besar di rumah sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram