[VIDEO] Pearly-Thinaah ‘menyusahkan’ pasangan no.1 dunia sebelum tumbang di pentas final Terbuka Indonesia


  • Podium
  • Ahad, 08 Jun 2025

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan saingan sebagai naib juara Terbuka Indonesia selepas tewas dengan penuh dramatik kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan saingan sebagai naib juara Terbuka Indonesia selepas tewas dengan penuh dramatik kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning.

Pearly-Thinaah berjuang habis-habisan namun tewas tipis 25-23, 12-21, 19-21 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Istora Senayan, Jakarta pada Ahad (8 Jun).

Pasangan nombor 4 dunia itu mendahului 9-4 dan 14-12 dalam set penentuan, tetapi gagal mengekang kebangkitan pasangan hebat dari China dan akur dengan kekalahan selepas pertarungan selama 87 minit.

BACA LAGI : Raih gelaran pertama 2025, gandingan Pearly-Thinaah ambil masa hampir sejam tundukkan regu Korea Selatan

BACA LAGI : Pearly-Thinaah masih belum sain kontrak, BAM tak mahu 'wabak' pemain ugut dengan wang merebak

 

 

 

 

Walaupun kecewa tidak berjaya merangkul gelaran, Pearly-Thinaah tetap boleh berbangga dengan pencapaian mereka kerana ini merupakan kali pertama mereka mara ke final Siri Jelajah Dunia Super 1000 dalam kerjaya mereka.

Ini juga merupakan final ketiga buat pasangan Malaysia itu tahun ini, selepas menjuarai Terbuka Thailand bulan lalu dan muncul naib juara di Masters Indonesia pada Januari. — The Star/ R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram