[VIDEO] 'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship


  • Podium
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar.

"MEMALUKAN". Begitulah ungkapan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar pada ruangan komen di Instagram ketika sesi Face-Off Fury Championship yang diadakan di Royale Chulan Damansara, Selangor pada Khamis.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh furychampionshipmy, sesi Face-Off antara pelakon, Shahidan Izwan dan pempengaruh media sosial, Tiger Labu menarik perhatian peminat tanah air.

Dalam video tersebut, Tiger Labu yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau, dilihat memulakan provokasi dengan membaling botol yang dibawanya sebelum berlari ke arah lawannya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Marilah ke stadium', KDA FC tagih kehadiran fans gamatkan aksi terakhir di Darul Aman

BACA LAGI: [VIDEO] Kedah tidak sendirian, ada lagi 3 kelab lain termasuk Selangor bolos lebih 6 gol musim ini

 

 

Gimik 'Face Off' yang dianggap 'murahan' itu ternyata mengundang rasa kurang senang Jojo, mungkin mencalarkan reputasi seorang petarung sepertinya di gelanggang.

Bagaimanapun, keadaan tersebut dapat dikawal oleh pengasas Fury Championship, Mohd Wafiy Ilhan Johan bersama pengasas bersama, Mohamad Faizal Ahmad yang juga berperanan sebagai hos kejohanan tersebut. 

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada komen Jojo tersebut sekadar gurauan atau mahu menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap gelagat kedua-dua petarung itu. 

Kejohanan sukan tempur Fury Championship bakal memulakan aksi sulungnya menjelang pertarungan yang dijadualkan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 2 Mei depan.

Menariknya, kejohanan itu akan mempertaruhkan petarung-petarung yang terdiri daripada petarung profesional dan amatur, pempengaruh serta selebriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram