SELEPAS Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra dengan sapaan Johan Ghazali mengharumkan nama negara dalam sukan Muay Thai negara, giliran adiknya pula iaitu Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar mencuri tumpuan.
Mikail Ghazali yang baru berusia 15 tahun menjadi sandaran utama untuk kem Muay Thai Sarawak meraih pingat emas di tempat sendiri dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Prospek bumi Kenyalang yang mesra dengan sapaan Miki itu juga pasti merasa tekanan menjelang perlawanan susukan adik-beradiknya iaitu Johan Ghazali dan abang sulungnya, Elias Ghazali Zulfikar masing-masing meraih emas di SUKMA 2022 Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Johan Ghazali perlu awasi 'comeback' Edgar Tabares di pentas ONE Championship
BACA LAGI: SUKMA 2024: Juara bertahan bermula langkah kiri, bintang muda JDT malukan Terengganu
Menerusi perkongsian di TikTok Johan Ghazali, atlet tempur termuda yang menerima tawaran bertarung dalam ONE Championship itu sempat memberi amaran kepada Mikail Ghazali untuk membawa pulang pingat emas pada temasya dwitahunan itu.
"Kalau tidak dapat emas memang malu. Kalau kalah, memang malu. Aku dah emas, Elias pun dah emas," katanya kepada Mikail Ghazali dalam satu video dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mikail Ghazali juga nyata lebih bermotivasi untuk menyambung legasi adik-beradiknya itu apabila atlet muda tersebut berkongsi akan memberi segala kudrat demi negeri tercinta.
Johan Ghazali (kanan) merupakan atlet Muay Thai sedang meningkat naik negara. — Instagram/JohanGhazali
"Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar. Saya akan mewakili SUKMA tahun ini. Alhamdulillah dekat sebulan dah berlatih untuk SUKMA. Saya dah merasa kuat untuk berlawan pada SUKMA nanti.
"Saya harap saya dapat emas untuk SUKMA ini. Saya berasa semangat kerana saya mewakili SUKMA Sarawak pada tahun ini dan ini adalah SUKMA pertama Miki. Saya harap orang-orang Sarawak boleh memberi sokongan yang cukup untuk menang pada SUKMA ini.
"Saya akan berusaha dengan kuat untuk memberi orang-orang Sarawak emas," katanya memetik video yang dimuat naik oleh Cats FM baru-baru ini.
Untuk rekod, skuad Muay Thai Sarawak berjaya merangkul dua pingat emas pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur dengan masing-masing disumbangkan oleh Johan Ghazali dan Elias Ghazali.
Pusingan pertama pertandingan Muay Thai akan bermula pada 15 Ogos ini bertempat di Naim Paragon Streetmall dekat Bintulu, Sarawak yang akan melibatkan beberapa kategori termasuk Wai Kru (seni) solo lelaki, wanita dan Mai Muay Thai (seni) duo lelaki dan wanita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram