
TINDAKAN seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu wanita kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, Negeri Sembilan telah menarik perhatian ramai.
Lelaki yang difahamkan merupakan seorang tentera dikatakan menumbuk kepala mangsa sebanyak dua kali selain saksi turut mendakwa kakaknya ditendang di bahagian perut.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak tersebut mengekori bapanya melintas jalan lalu pemandu wanita membuka pintu sebelum suspek itu mencederakan mangsa.
BACA LAGI: Soalan 'bila nak kahwin', sekadar gurauan atau tekanan? Ini reaksi spontan orang ramai
BACA LAGI: [VIDEO] Kelab Liga Super 'terliur' lihat kehadiran naturalisasi baharu Vietnam
Meskipun suspek telah ditahan oleh pihak polis ketika dipanggil ke balai untuk memberi keterangan, rata-rata orang ramai termasuk peninju popular Muay Thai negara, Johan Ghazali tidak berpuas hati dengan tindakan suspek.
Johan atau lebih dikenali Jojo turut mencabar suspek untuk bersua muka jika betul jaguh kerana memukul wanita berkenaan.
Jojo turut menyatakan dalam ruangan komen penyanyi rap Caprice yang memuat naik semula video berkenaan dalam Instagramnya.
"Bangang punya manusia perempuan itu pun kau nak tumbuk, aku rembat muka kau, mari tumbuk akulah jahanam."
Selain Jojo, beberapa selebriti dan pempengaruh turut menyelar tindakan lelaki tersebut yang mencederakan mangsa sebanyak dua kali.
"Apa benak bapa dia? Dah tahu jalan raya. Kau tak tengok ke?" soal Azni Hadi.
"Biasa orang macam ini dia tak perasan ada orang rakam, jadi dia rasa tak ada bukti. Bila dia tengok video tersebar mula gelabah," ujar Dark Knockers.
"Ya Allah!," luah Catriona Brian.
"Marahnya aku tengok lelaki macam ini," kata Aten Kinda.
Dalam pada itu, melalui perkongsian akaun TikTok Fattyaazi menceritakan kisah sebenar daripada adik mangsa yang mengatakan kakaknya secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak terbabit disebabkan penglihatan terhad ekoran terhalang kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram