[VIDEO] 'Coach Kino tak nak saya', Safuwan buka pekung kenapa tinggalkan Selangor


  • Podium
  • Jumaat, 06 Jun 2025

Safuwan menyatakan bahawa dia tidak lagi diperlukan dalam pasukan dan memilih untuk mencari peluang lain yang lebih sesuai dengan perancangannya. — Facebook/Selangorfc

TEKA-TEKI mengenai punca kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mengambil keputusan meninggalkan Gergasi Merah akhirnya terjawab.

Dalam satu kenyataan di laman Instagram, @raushansays, Safuwan mengesahkan bahawa dia tidak lagi diperlukan oleh Selangor FC meskipun memiliki kontrak setahun bersama kelab tersebut.

Bek tengah itu menjelaskan bahawa keputusan untuk meninggalkan kelab Lembah Klang dibuat kerana tidak dimasukkan dalam senarai pemain utama oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi yang juga mesra dipanggil sebagai Kino.

BACA LAGI: 'Santai' sepanjang jendela perpindahan, 3 kelab termasuk Sabah FC-Kuching City tak terburu-buru bikin rombakan

BACA LAGI: Katanya Penang FC rekrut rakan senegara Edin Dzeko, digelar ‘The Fastest Man’ Liga Bosnia

 

 

"Bola sepak adalah sukan yang amat saya gemari. Saya berpeluang bermain di pelbagai tempat, termasuk di Selangor. Saya masih mempunyai kontrak setahun bersama Selangor FC.

"Namun, saya kecewa apabila jurulatih tidak memasukkan saya dalam senarai pemain utama, menyebabkan saya perlu mencari peluang lain," ujar Safuwan.

Meskipun kecewa, Safuwan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Dia kini berpeluang untuk mencuba sesuatu yang eksklusif dan meneroka pengalaman baru dalam kariernya.

"Walaupun begitu, peluang baru kini terbuka. Saya kini berpeluang untuk mencuba sesuatu yang eksklusif.

"Saya rasa penting untuk berkongsi perkara ini kerana orang perlu tahu bahawa saya ingin mencuba dan meneroka pengalaman baru," tambahnya.

Sebelum ini, pertahanan kental Gergasi Merah itu memberi petunjuk berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan apabila kontraknya bersama Gergasi Merah tamat pada 31 Mei.

Bayangan itu hadir menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya yang memperlihatkan dia menarik keluar nombor jersi yang berserta namanya dengan berlatarbelakangan warna gelap, satu isyarat jelas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong.

Lebih mencuri perhatian, Safuwan turut menggunakan lagu latar berjudul See You Again, yang seolah-olah memberi petunjuk kepada perpisahan.

Pemain kebangsaan Singapura itu merupakan antara tonggak utama skuad kendalian Kinoshi musim ini, beraksi cemerlang di benteng pertahanan dengan 29 penampilan, empat gol dan tiga bantuan jaringan. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram