Katanya Penang FC rekrut rakan senegara Edin Dzeko, digelar ‘The Fastest Man’ Liga Bosnia


  • Podium
  • Rabu, 04 Jun 2025

Penang FC bercita-cita tinggi dengan merekrut 'The Fastest Man' Liga Bosnia. — Facebook/Penangfc

PENANG FC dijangka terus memperkukuh skuad menjelang musim 2025/26 dengan membawa masuk pemain import baharu iaitu Danilo Sipovac.

Sipovac yang berasal dari negara sama dengan penyerang legenda Edin Dzeko, dilaporkan menjadi antara calon rekrut terbaharu Harimau Kumbang.

Menariknya, impian penyokong Harimau Kumbang untuk melihat Sipovac menyarung jersi Penang FC musim depan semakin hampir menjadi kenyataan.

BACA LAGI: Bukan ke NSFC, bintang muda JDT sebaliknya pilih kelab Utara

BACA LAGI: 'Tahu-tahu muncul atas padang,' pemerhati saran FAM buat kerja 'proper' perkenal pemain warisan

Danilo Sipovac (tengah) dijangka rekrut baharu Penang FC. Instagram/sipovacdanilo

Hal ini kerana, pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, di laman X memberi bayangan bahawa pemain sayap berketinggian 1.77 meter itu sedang dalam proses menyertai skuad Harimau Kumbang.

"Digelar ‘Fastest Man’ di Liga Bosnia, Danilo Sipovac yang juga satu negara dengan Edin Dzeko difahamkan jadi rekrut baru Penang FC," katanya.

Kepantasan dan pengalaman pemain yang dikenali sebagai 'The Fastest Man' dalam Liga Bosnia itu dijangka mampu memberikan impak besar buat Harimau Kumbang terutama dalam menghadapi saingan yang semakin kompetitif musim depan.

Langkah merekrut Sipovac juga menunjukkan kesungguhan Penang untuk memperbaiki pencapaian musim lalu, selain memastikan keseimbangan dalam pasukan menerusi gabungan pemain tempatan dan import yang berkualiti.

Sebelum ini, Penang sah membawa masuk bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Chia Ruo Han bagi memperkukuhkan pasukan musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram