
MUSIM perpindahan sedang berlaku dan ia bukan saja terjadi di Malaysia, namun negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand turut melaluinya.
Di saat ramai pemain muda dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super, terdapat juga bintang tempatan yang dikatakan sedang dirisik oleh kelab-kelab luar.
Ia menjadikan situasi sangat menarik buat bola sepak negara kerana ia menampakkan bakat kita sememangnya dipandang tinggi di luar.
BACA LAGI: Pernah dibimbing ex-Barcelona, ketahui 3 hal menarik calon warisan baharu Harimau Malaya
Faisal Halim
Satu nama yang cukup dikenali di Malaysia, Faisal Halim turut mencuri tumpuan buat mereka yang berada di Indonesia.
Bintang Selangor FC itu dikatakan dalam radar untuk berpindah ke luar negara dengan destinasinya adalah Liga 1 Indonesia.
Faisal Halim diburu kelab Indonesia.
Namun begitu, masih tiada sebarang perkembangan mengenai itu dengan penyokong Gergasi Merah semestinya berharap dia akan terus kekal bersama mereka.
Perpindahan tersebut dilihat baik untuk Faisal untuk menikmati bola sepak Indonesia, namun prospek beraksi di Asia semestinya akan 'mengikat' dia kekal di Lembah Klang.
Akhyar Rashid
Semusim membawa diri ke Pantai Timur, Akhyar Rashid secara perlahan-lahan mendapatkan semula prestasinya bersama Terengganu FC.
Dengan dia terus komited membawa nama Terengganu, Akhyar bagaimana pun tidak sunyi daripada gosip perpindahan dengan beberapa kelab sedang memburu khidmatnya.
Akhyar Rashid menerima tawaran daripada beberapa kelab.
Paling ketara adalah pendatang baharu Liga Super, DPMM FC yang secara terbuka sedang mengejarnya dalam persiapan kembali ke Liga Super.
Namun begitu, Akyhar turut mendapat perhatian daripada kelab di Thailand untuk musim depan. Sama ada ke Borneo atau merentasi sempadan di Utara, pilihan di tangan Akhyar.
Stuart Wilkin
Seorang lagi pemain yang berpotensi menjadi buruan kelab dari luar Malaysia adalah pemain Sabah FC, Stuart Wilkin.
Pemain tengah itu dikenali sebagai pemain berkualiti dengan mempunyai kebolehan melakukan rembatan di luar kotak penalti.
Wilkin (depan) sudah tiga tahun bersama Sabah.
Bintang Harimau Malaya itu dilaporkan dalam radar kelab Thailand dengan dia berpeluang untuk meneruskan kariernya di tempat baharu selepas tiga tahun bersama mereka.
Kehilangan Wilkin pastinya akan membuatkan penyokong Sabah hampa, namun mereka pasti mengerti kerana bakat sepertinya pasti akan menjadi buruan kelab-kelab luar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram