[VIDEO] 'Koyak' kalah main catur, pemain no. 1 dunia hentak meja depan muka pihak lawan


  • Podium
  • Isnin, 02 Jun 2025

Carlsen (baju putih) dilihat berang selepas kalah kepada Gukesh.

SATU kejadian yang tidak diduga dalam pertandingan catur yang diadakan di Norway pada Ahad apabila seorang pemain tidak menunjukkan semangat kesukanan selepas kalah.

Magnus Carlsen yang merupakan pemain catur nombor satu dunia tidak dapat menahan emosinya yang 'koyak' selepas kalah kepada pemain dari India, D. Gukesh buat pertama kalinya dalam enam pusingan.

Dalam sebuah rakaman yang tular, Carlsen dilihat tidak profesional apabila menghentak meja sebaik saja menyedari dia sudah kalah.

BACA LAGI: Penyerang baharu HM menanti waktu, hampir tiba di Kuala Lumpur

BACA LAGI: Penggempur PDRM-TFC-Sri Pahang boleh 'isi tempat kosong' Rodrigo Dias

Dia kemudiannya cuba untuk mengawal kemarahan dengan menyalam tangan Gukesh sambil dilihat berusaha menenangkan diri.

Tindakan daripada Carlsen itu seakan-akan mencuri detik gembira buat Gukesh apabila pemain itu kelihatan mendiamkan diri saja selepas menang.

Menurut Gukesh, dia sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dengan corak permainan Carlsen yang hampir sempurna sukar untuk digugat.

Dia kemudiannya mengaku hampir saja untuk menyerah kalah kerana sukar untuk bersaing, namun kesilapan pada penghujung pertarungan oleh Carlsen membuatkan Gukesh bangkit untuk melawan.

"Ada satu masa, saya begitu hampir untuk mengaku kalah.

"99 daripada 100 kali, saya pasti akan kalah tapi hari ini adalah hari yang bertuah," kata Gukesh.

Carlsen, 34, merupakan grandmaster bagi sukan catur dari Norway dengan pemain berusia 34 tahun itu sudah mempunyai lima gelaran dunia.

Sementara Gukesh, 19, merupakan juara dunia termuda dengan dia melakukannya pada usia 17 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

catur, Magnus Carlsen, D. Gukesh, India, Norway