Penyerang baharu HM menanti waktu, hampir tiba di Kuala Lumpur


  • Podium
  • Isnin, 02 Jun 2025

Rodrigo Holgado semakin hampir untuk tiba di Malaysia.

MASA terus berjalan dan penantian masih berlaku dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan kerana menunggu ketibaan penyerang baharu Harimau Malaya.

Pemain warisan Harimau Malaya yang baharu, Rodrigo Holgado masih belum tiba di kem latihan skuad kebangsaan dengan dia dijangka akan tiba pada fasa 3 bersama-sama Dion Cools dan Hector Hevel.

Namun begitu, Hevel sudah pun melaporkan diri dan itu membuatkan penyokong semakin tidak sabar menantikan ketibaan Holgado.

BACA LAGI: Penggempur PDRM-TFC-Sri Pahang boleh 'isi tempat kosong' Rodrigo Dias

BACA LAGI: 'Yang penting lawan Indonesia menang,' Nafuzi Zain diuji bertemu musuh tradisi Piala Asean B-23

Holgado tiba di Madrid sebelum bergerak ke Doha. — Instagram/@rodrigoholgado

Akan tetapi, ia dilihat semakin hampir untuk Holgado mendarat di Kuala Lumpur dengan tinggal satu lagi perhentian untuknya sebelum tiba.

Menerusi kemas kini terkini pemain itu di media sosialnya, Holgado berkongsi yang dia berada di Madrid, Sepanyol untuk transit seketika sebelum bergerak ke Doha, Qatar.

Dilaporkan, Doha merupakan lokasi perhentian terakhirnya sebelum terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali gus membolehkannya menyertai skuad kebangsaan.

Dengan ketibaan Holgado kelak, ia pasti akan memberikan keterujaan buat penyokong dengan harapan dia mampu menambah sengat kepada barisan serangan skuad kebangsaan.

Ditambah dengan keputusan baik diraih skuad kebangsaan selepas seri 1-1 bersama Cape Verde, ia membuatkan keyakinan Harimau Malaya menjelang bertemu Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 semakin meninggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram